Friday, February 6

tabah, sabar dan jangan putus asa!

aku tahu aku bukan yang selayaknya nak memberi pendapat sekarang. aku orang Kelantan [dengan penuh bangganya] dan tak pernah pun tinggal di Perak. tapi aku suka mengikuti perkembangan di sana sekarang. dan aku tahu, kebanyakan orang lebih suka mendiamkan diri dan mengambil langkah tunggu+lihat akan perkembangan di Perak. tak kurang juga yang menyampah akan senario politik sekarang dan langsung tidak kisah akan apa yang berlaku.

aku tak berniat nak bercerita lebih lanjut tentang situasi di Perak sekarang. kalau ada yang ingin tahu, aku pasti kalian boleh sahaja Google dan baca di mana-mana. terpulang kepada pendapat masing-masing bagi menentukan mana yang betul dan mana yang tidak. aku pun malas nak kata pihak mana yang patut dipersalahkan, kerana bagi aku, politik itu tetap satu PERMAINAN YANG KOTOR. tambahan pula dengan situasi sekarang yang menjadikan sekalian rakyat sebagai mangsa. tak kira lah mereka [ahli politik] ni dari kalangan pembangkang atau pihak kerajaan.

entry hari ini hanya untuk menyatakan yang apa yang paling buat aku sedih akan kesudahan insiden ini adalah pengunduran YB Menteri Besar Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang bagi aku merupakan seorang pemimpin yang sangat berkaliber. walaupun bukan di bawah pemerintahan beliau, aku suka melihat ketenangan YB menghadapi segala tentangan dan dugaan selama menjadi orang no 1 di Perak. sentiasa menjawab soalan provokatif dengan penuh ilmiah dan bijaksana. memang nampak kualitinya sebagai seorang pemimpin Islam. 

jadi, pada pendapat aku, inilah kehilangan yang paling besar bagi warga Perak. tentu ada yang tidak bersetuju, tapi perlu aku tegaskan ini hanyalah pendapat aku sahaja. feel free to object. 11 bulan merupakan satu masa yang sangat singkat untuk menilai barangkali, tapi bagi aku he's a good leader. period. dan kalau lah berubah hala tampuk pemerintahan Perak nanti, YB Nizar aku harap akan sentiasa tabah, sabar dan jangan berputus asa dengan ketentuan-Nya. di sebalik kejadian, ada hikmah yang hanya Allah yang tahu. mungkin salah satu daripadanya ialah selepas ini tumpuan yang sepenuhnya dapat ditumpukan kepada DUN Pasir Panjang.

kerjaya YB tidak terhenti di sini. BE STRONG!!

Wednesday, February 4

kalau sayang, orang kata tinggal-tinggalkan

macam tu lah sebenarnya aku rasa dengan blog ni. dah lebih sebulan tinggalkan. bukan tak sayang, tapi entahlah ya, macam tak ada rasa nak berblogging pun kebelakangan ni. banyak benda yang buat aku frust. satunya celcom broadband yang dah lama aku beli tapi speed nya ya Allah!! sama atau mungkin lagi teruk dari zaman dial-up dulu. jadinya, walaupun laptop dah baru, dan aku sepatutnya boleh je online sepanjang masa, tapi dek kerana speed yang macam siput, aku pun tak ada hati nak selalu online.. [baru pindah ke rumah sewa yang baru tahun ni, memang kawasan kampung sikit..huhu..]


bukannya aku nak bagi alasan, tapi itu cuma salah satu kekangan je sebenarnya. paling utama, aku memang macam agak tawar hati nak berada di blogosfera sekarang ni. tiap hari di computer lab pun, aku cuma check email, bukak websites yang aku memang follow dan baca newspaper online. hehehe. kerja sebenarnya dah agak berkurangan kalau nak bandingkan dengan awal tahun hari tu, tapi biasalah aku ni.. selalu last minute.

tapi, walau macam mana tawar hati pun aku nak berblog, aku masih sayang blog ni.  sekali-sekala menjenguk dan update cukuplah rasanya. mungkin lama-lama rasa semangat untuk menulis tu kembali muncul.

buat masa sekarang, biarkan aku melayan isu politik negara kita yang makin hari, makin lawak aku rasa..seronok agaknya bagi orang politik ni memainkan rakyat.


p/s: apa kata Che G.O.R.O agaknya tentang situasi negeri dia..