Monday, December 10

tujuh-tujuh

Assalamualaikum.

Entah kenapa, seusai melompat-lompat ke blogs hari ni aku rasa down.
Sedih, pedih, kerdil, malu, rendah diri, sayu..
Melihatkan kejayaan dan pencapaian orang lain, aku terdiam.
Terasa banyaknya benda yang perlu dan belum aku accomplish.
Memang salah menyesali nasib diri, seolah tidak bersyukur dengan apa yang ada.
Tapi tak tahulah, memang aku rasa macam tu hari ni.

Ini entry ke 77.
Tak tahu apa kaitan dengan coretan hari ni.
;)

Wassalam.

Thursday, December 6

Tolong²

Assalamualaikum.

Entry ni,sekadar nak menolong Cik Bintang Hati.
Agaknya explanation miss_tree hari tu x clear sangat.
Hehehehehe..
Oleh kerana naluri 'keGURUan' ku sangat mendalam di kala ini, meh nak ajar step by step cara nak add link.
:)

Rasanya bila dah masuk 'dashboard' takde masalah kan?
Click pada 'layout' dan page lebih kurang macam ni akan keluar..
Tengok pada bulat warna merah tu..
Click 'add a page element' tu..
[sila click pada gambar untuk besarkan..:)]


Bila dah click,akan ada window macam yang kat bawah ni keluar..
Kat sinilah buleh add apa-apa sahaja yang diingini..
Selain list bloggers, buleh jugak nak add mp3 player ke apa ke..
Tapi itu next lesson lah,ya? Hehehehe..
Miss_tree dah bulatkan 'link list' tu.


Bila dah click 'link list' tu, window ni pulak akan keluar..
Sekarang buleh lah nak tambah seberapa banyak link ke blogs/website yang digemari.
Tekan sahaja butang 'add link' tu bila nak tambah..
Okay? Harapnya penerangan ni membantu..
:)

Kepada sekalian teman-teman blogger miss_tree, sorry sangat tak dapat nak menyinggah blogs kalian on daily basis.
Daku akan mengaktifkan diri seperti sediakala bila sesi sekolah mula nanti.
InsyaAllah.

Wassalam.