Monday, October 29

Hilang.

Assalamualaikum.

Kelmarin, aku dikejutkan dengan berita tentang adik Dr Sheikh Muszaphar yang telah kembali ke Rahmatullah.
Maaf, aku langsung tidak mengetahui akan tragedi yang menimpa adik beliau kurang lebih seminggu yang lepas.
Tahu-tahu, aku dikhabarkan tentang berita itu.
Sedih.. memang teramat sedih.
Tidak dapat aku nak membayangkan perasaan ibu beliau..
Dalam sedang dia risaukan Dr Sheikh Muszaphar tu, anak yang lain pula ditimpa kemalangan sehingga mengakibatkan maut.
Takziah yang teramat aku ucapkan kepada keluarga beliau.
Harapnya mereka semua tabah menghadapi dugaan itu.

Itu, cerita kelmarin.

Pagi ini, aku dikejutkan pula dengan berita kematian anak salah seorang chegu di sekolahku.
Baby tu dilahirkan pada 2 Syawal yang lalu, dan hari ini, 17 Syawal, Allahyarham kembali ke pangkuanNya semula.
15 hari bersama ibu dan ayah, dan itu pun bukan secara direct, lantaran Allahyarham berada di ICU sejak dilahirkan.
Dugaan, kan? Dah lah itu satu-satunya putera kawan aku tu.
Dipanggil Allah hanya setelah dua minggu bersama.
Tapi, bila difikirkan secara positif, baby itu akan menunggu ibunya di Syurga.
Jadi, dari satu segi, pemergian itu tidak harus ditangisi semahunya.
Betul tak??

------------------
*AL FATIHAH*
------------------

Ermmmm.. terasa 'kena' pulak dengan lagu tema minggu ni..

--------------------------------------------
PENJAGA HATI - Numata feat. Tetty Kadi
(OST Menanti Surga)

Ada Kala
Saat Ku Tak Berdaya
Menyerah Menyusuri Hidup

Jangan Biarkan
Aku Terluka
Ku Disini Membutuhkanmu

Tak’ akan Ada
Yang Melebihi
Ketulusanku, Kasihku Kepadamu

Karena Aku
Yang Mencintaimu
Selalu, Tanpa Ragu

Cinta Ini Tak’kan Terhapus Oleh Waktu
Begitu Adanya Dirimu
Masih Disini Setia Tuk Menjagamu
Akulah Penjaga Hatimu

Ada Kala
Saat Aku Merasa
Sudah Sampai Disini Saja

Jangan Biarkan
Aku Terlena
Sendiri Ku Disini, Membutuhkanmu

Wassalam~

Friday, October 26

Lama.

Assalamualaikum.

Sekarang aku di rumah ayahbonda.
Seorang diri.. Abah+Ma ke Dataran Ilmu untuk mendengar ceramah oleh Tuan Guru dan Adindaku pula ke tuisyen.
Jam menunjukkan pukul 9.04 a.m. dan aku masih lagi belum mandi.
Hehe.

Semalam sampai di Kota Bharu dalam waktu Asar.
Lepak di rumah K.Ngah sebentar sebelum ke butiknya di KB Mall.
Usai Maghrib, K.Yong pulak sampai..di bawanya pizza untuk kami.
Lebih kurang 8.30 mlm baru aku sampai rumah.
Hajatnya nak buat chocolate cake permintaan Ngah, tapi mata aku langsung tak larat nak di buka.
Sudahnya, 10.00 mlm dah selamat dibuai alam mimpi.

Alhamdulillah, kursus 3 hari selesai sudah.
Ini mungkin kursus yang paling relaxxxxx aku pernah attend.
Peserta pun 10 orang je and semuanya cool habis.
Last day semalam, kursus tu disambung di computer lab di sekolahku, lantaran kerja di Marang sudah selesai dan cikgu² berkeputusan hendak habiskan kursus daerah kami sahaja.
Maka aku dengan rela hati menawarkan makmal komputer dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Satu yang aku realize masa kursus ni.. apa sahaja kerja yang kami perlu submit,walaupun di beri pada last minute, tapi semuanya dapat diselesaikan kerana kami bekerja dalam situasi yang langsung tiada stress.
If you like what you're doing, and the company's good, you'll produce great products.
And in our case, itulah yang terjadi.

Sebaliknya kalau di sekolah, sebarang kerja selalunya diberi awal..[jarang sekali kami lambat diberitahu..]
Tapi, pihak pengurusan yang selalu menekan membuatkan kami ni [aku terutamanya!] seakan 'memberontak'.
Kerjanya selesai, hasilnya bagus, cumanya tidak dibuat sepenuh hati.
Working environment di sekolah aku sangatlah tak friendly.
Seolah-olah nak menunjukkan kami ni 'orang bawahan' dan hanya perlu mendengar arahan tanpa boleh membangkang walau sedikit pun atau sekadar memberi pendapat.

Arkkkkkk..sorry ye.
'Ter'emosi pulak di pagi Jumaat yang mulia ni.

Berbalik kepada cerita kursus tadi, sebenarnya kami akan membuat sort of pembentangan tentang projek tu semasa pameran pendidikan 10-12 November ni di Terengganu Trade Centre.
Aku dan 2-3 rakan yang lain mungkin akan bergilir di booth sementara team leader kami memberi explanation tentang program itu.
Hopefully, ianya akan berjaya diaplikasikan sebaiknya nanti. InsyaAllah.

Okaylah, nak melompat-lompat di blog kalian pulak.
Lama tak menjenguk.

Wassalam.

p/s:
x sempat menyinggah semua hari ini.. sorry.. insyaAllah akan disambung esok/lusa.. :)

Monday, October 22

Away~

Assalamualaikum.

Entry semalam, sekadar meluahkan rasa yang terbuku.
Maaf kerana miss_tree tak dapat nak explain further.
Terima kasih atas segala nasihat yang diberi..
Especially to Cik Rena + Che G O R O..
:)

Entry hari ini, cuma nak inform yang miss_tree akan 'away' for a few days.
Ada kursus yang perlu diikuti di Marang bermula 23 hingga 25 Okt.
Kursus berkaitan perisian Bahasa Inggeris yang direka, diusahakan dan dibangunkan sendiri oleh seorang guru di daerah tempat miss_tree bekerja.
(Kak Ila... buka di Putrajaya tau.. salah info tu.. miss_tree mengajar di kampung!)
Andai projek kami ini berjaya dan diiktiraf, insyaAllah dapat menolong golongan murid-murid luar bandar terutamanya dalam menguasai bahasa asing ini.
Aminnn.

*gambar hiasan shj.

Kecuali ada talian internet di sana, akan ku bersiaran jua..
Heheheheheheh.

Wassalam.

Sunday, October 21

*mengeluh*

Assalamualaikum.. selamat pagi semua..

Hari ni aku first day kerja lepas cuti raya yang panjang.
Alhamdulillah, pagi tadi selamat sampai di sekolah tepat jam 7.45 pagi.
Sempat lah attend perhimpunan mingguan.

Erkkk.. aku sebenarnya takde idea nak tulis apa pagi ni.
Update nih pun sebab rasa macam dah lama sangat tinggal blog nih.
Rasa tak selesa pun ada bila berblog kat sini sekarang..
Kenapa? Kalau aku explain nanti lain pulak ceritanya.
So, biarlah korang tertanya-tanya..huhuhuhu..
[Nak mengambil tindakan ekstrem seperti kawan aku tu, aku sayang.. tapi entah lah..]

Apa-apa pun, sila layan lirik lagu ni.
My current favourite.. :)

++ ♥ ♥ ♥ ++

ATAS NAMA CINTA - ROSSA

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

++ ♥ ♥ ♥ ++


Wassalam~

Wednesday, October 10

Eid-ul-Fitr


Teristimewa buat semua sahabat maya miss_tree..

---------------------------------------
* Che 13May
* Che Alan Zed
* Che Amar
* Che Anul
* Che Artisticklytouch
* Che Azeel
* Che Azrul Astronaut
* Che Butaseni
* Che Crunchyahcock
* Che Elhakim
* Che FFadhly
* Che G O R O
* Che Gua a.k.a Ikan
* Che Jinggo
* Che Kamarul
* Che Nezjoe
* Che Pegawai Khalwat
* Che Sunan_Jati
* Che Wan Hidayat
* Che Wira Nordin
* Cik 'Aku'
* Cik Achik
* Cik Chivil Devil
* Cik Diaharris
* Cik Farahz
* Cik Haziqah
* Cik Ilynn
* Cik Lindosh
* Cik Nanonan0
* Cik Nelly Berry
* Cik Nieda
* Cik Ninadewe
* Cik Pandagumuk
* Cik Rena
* Cik WickedWitch
* Kak Ila
* Kak KV
* Kak LovelyCorner
* Kak pB
* Kak Puteri1
* Kak Rozie
* Kak Yatie
* Mak Su
---------------------------------------
Salam EID MUBARAK diucapkan kepada kalian semua..
Semoga tahun ini menjanjikan Eid-ul-Fitr yang berkat dan menggembirakan.
Terima kasih kerana menjadikan Ramadhan+Syawal ku tahun ini begitu bermakna..
Di kesempatan ini miss_tree ingin memohon ampun+maaf andai ada salah+silap atau terkasar bahasa sepanjang miss_tree berblogging.
InsyaAllah, kita 'jumpa' lagi selepas Eid nanti.

Wassalam~

Tuesday, October 9

Disorganized!

image courtesy of www.news-medical.net/images/headache.jpg

________________________________________________________

Assalamualaikum..

3 SEBAB MISS_TREE PERLU RASA TENSION:
  1. Bonus raya memang tak dapat.
  2. Sekolah tak ambik cuti raya yang kementerian bagi.
  3. Duit raya [not baru] utk anak² murid tak sempat tukar.

AKIBATNYA:
  1. Sengkek sampai akhir bulan November.. arghhh..
  2. Panas hati sebab semua sekolah lain cuti.. arghhhh!!
  3. Sebak dalam hati.. [apsal laaaaa aku ni suka buat kerja last minute??].. arghhhhhh!!!!
_______________________________________

Sekian, wassalam.

Sunday, October 7

Iftar~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 25 di bulan Ramadhan.
Dalam kita sedang beriya-iya menyediakan persiapan raya [read: buat kuih raya, tukar langsir baru, bubuh lagu raya kat blog sendiri..], seharusnya kita berasa sedih kerana kurang seminggu lagi, Ramadhan bakal kita tinggalkan.
Walaupun Syawal yang bakal tiba insyaAllah menjanjikan kegembiraan + kebahagiaan, namun sedih juga bila mengenangkan bulan yang penuh berkat ini akan berakhir.
Bulan yang istimewa dan 'romantik' bak kata petikan kata-kata seorang Ustaz melalui blog Kak pB. :)
Wah, gitu!!! Mukadimah yang sungguh mengagumkan.. hehehhehe..

Semalam, aku berkesempatan berbuka bersama sahabat-sahabat rapatku di Secret Recipe.
Kami berempat, 3 perempuan dan seorang lelaki merangkap photographer terhormat kami semua.. hehehe..
Hadirin majlis iftar semalam adalah:

  • aku.. - si driver terhormat..
  • Cik S - yg memang terrer photography..
  • Cik M - yg baru pulang dari Fukui, Japan.. [dan membawa kiriman² kami..hehe]
  • Che FH - hero kami yg baik hati+hensem.. [sbb tanggung perbelanjaan iftar. hehe..]
Usai iftar, aku+the ladies ke butik kakakku untuk solat dan hero kami ke surau..
Sementara menunggu FH sampai di butik, aku+M+S dengan rakusnya telah meng'vandal' DSLR milik FH ittew.. kekekekekeke..
Tanpa kami sangka rupanya dia awal² dah ada kat depan butik tu.
Layannnnkan je aksi kanak² Ribena aku+M+S.. [baik kan dia??]..hehehehehe..
Kalau ada kesempatan, akan aku upload gambar² tu untuk menjadi mangsa kritikan Cik Ilynn, Che G O R O dan Che Wira.. heheheheheh..
Kata orang, kritikan itu membina... dan harus aku akui, saat memegang DSLR semalam, ada satu rasa yang mengatakan "suka! suka! suka!" [<--sila baca seperti kartun Upin+Ipin]..
Pulak tu bila M bagitahu kami, kalau di Jepun, DSLR buleh didapati dengan harga serendah RM2000.
Aku seakan menggelupur keseronokan.. kalau ada rezeki nanti insyaAllah.
Sebelum tu nak kena menuntut ilmu dulu lah.

Sila layan Upin+Ipin episod 1 ni yang secara rasminya menjadi kartun kegemaran aku.
Betul! Betul! Betul! [kan Achik??? hehehehehhe..]


Actually ingatkan nak bercerita lagi..tapi 'selera terbantut' plak..
Just now masa aku turun ke office, Pembantu Am Rendah (PAR) skolah aku tu siap tarik muka 14 lagi ngan aku..
Tah apa la masalah dia nak masam² muka ngan aku dalam bulan Ramadhan nih.
Aku pun tak faham..marah tak bertempat betul lah.
Tapi aku malas nak layan.. buat taktau je.. sebab dah tau perangai dia sejak azali memang lagu tu.
Masalahnya, dia dah 'berjaya' buat aku bengang di pagi hari nan indah ini. Cheissssss!!!

Wassalam~

Thursday, October 4

the Lima

Assalamualaikum.

Kemalasan melanda.
Kekeringan idea juga..
Tapi Che GORO came to the rescue.
Inilah jawapan TAG mu itu..

+ + + + +

5 MAKANAN YANG AKU TERASA NAK MAKAN SEKARANG JUGAK:
[which I can..legally.. hehehehehe..]
  • Puding Caramel yang sejuk...
  • Ikan Percik resepi Bonda..
  • Chicken Cornish from Secret Recipe..
  • McDonald's Oreo McFlurry.
  • Sushi..

5 MAKANAN YANG AKU NAK MAKAN UNTUK SARAPAN
(after Ramadhan-lah)
:

  • Nestle Honey Stars with cold fresh milk.
  • Nasi Kerabu dengan Daging Bakar..
  • Pulut Panggang.
  • Nasi Kapit dengan Sambal Ikan.. [one of Kelantan's specials..]
  • Nasi Dagang Kelantan dengan Sambal Ikan [yang sama]..

5 MAKANAN YANG AKU AKAN BELI UNTUK IFTAR HARI NI:
Tak akan beli apa²..
Sebab aku akan berbuka dengan Bonda+Adinda hari ni. :)
Kalau dok rumah sewa pun, aku prefer masak sendiri..
Biarlah ikan kering+budu sahaja pun..
Lagi menyelerakan dari lauk² cliche di Bazaar.

+ + + + +

Oleh kerana entry ni tajuk nya LIMA..
Maka di sini dialu²kan kedatangan LIMA jemaah baru di blog ni..
Terima kasih kerana menyinggah.. tak kisah lah on purpose ke, "ter"lompat ke sini ke..
Yang penting, kunjungan kalian ni, amat bermakna buat miss_tree.
Bertambah lah lagi ikatan silaturrahim di alam maya ni.

Che Anul
Cik Lindosh
Cik Pandagumuk
Cik Rena
Che Faridmw

Wassalam~

p/s: Lagu "Zapin Hari Raya" ni lagu favourite aku.. Akan berkumandang di blog ni sampai Ahad.. lepas tu insyaAllah aku akan letak lagu-lagu raya yang evergreen dalam playlist tu. Next week lah, insyaAllah. :)

Tuesday, October 2

Betul²

Assalamualaikum.

Sebelum aku teruskan.. korang [yang Muslim] dah jawab ke belum salam tu?
Jangan baca je tau? Hehehehehhehehe..
Fuhhhhhhhhh..penatnya hari nih..
Untuk pengetahuan anda semua.. saya belum mendapat tidur yang cukup.
Pukul 5 a.m baru settle kerja..
And then 6.30 dah bangun+mandi+pegi kerja balik..
*menguap~

Excuse lah ekk entry semalam tu..
Selamba je post draft..hehehehhehe..
Itu adalah salah satu ciri² blogger tegar, ok?
Tak dapat tidak, bila ada cerita kena jugak update.
Hehehehehehehehe..

Actually xde lah apa-apa yang extravagant dengan weekend aku hari tu.
Cumanya, ada ex-schoolmate aku datang and spent her weekend at mi casa.
Lama aku tak jumpa dia.. pulak tu sekarang dia tengah buat medic kat Dublin.
Kalau tak jumpa time dia cuti ni.. tak tahu bila lagi ada chance.
Nak tunggu aku turun KL, lambatlaa.. aku tak suka travel sendiri.

Kawan aku tu, Faha [mungkin nama sebenar], pernah datang rumah aku time kitorang Form 4 dulu.
Masa tu Bonda buat nasi kerabu untuk dia and kawan-kawan aku yang lainnya.
Diorang semua tu pulak memang dah jatuh cinta ngan nasi kerabu..nak-nak pulak yang home made.. [dengan budu+tumis+sambal kelapa+solok lada et cetera..]
So, bila Faha datang kali ni, tak lain tak bukan, memang itulah juadah pilihannya.

Rasanya, sepanjang Faha kat Kelantan last weekend, memang 'jadual' aku packed.
Selalunya time-time weekend memang aku penuhi dengan aktiviti meng'qada' tidur sahaja.
Hehehehehehehehehehehe.. [anak dara sapa la ni.. kekekekeke..]

Pagi Sabtu, aktiviti borong memborong tudung bawal telah berlaku di Pasar Lama MPKB.
Time tu, kami telah 'mengerah' tenaga 2 orang ibu untuk memperoleh tawaran yang paling ideal.. [Bonda² kawan-kawan kami jugak.. :D]..
Hasilnya, hari itu sahaja Faha telah berjaya memperoleh almost 10 helai tudung bawal dengan harga average RM30.
Umat manusia kat situ...MASYAALLAH!!
Memang macam sardin lah bak kata orang..
Tapi demi tudung bawal kami gagahi jua...
[inilah kelebihan kaum Hawa... kalau shopping sanggup aja!! hehehehhe]

Petangnya, aku dah surrender..
Hajat nak balik ke rumah..tolong Bonda masak untuk iftar.
Tapi jalanya jam.. dan aku juga terpaksa lah melupakan hasrat nak ke butik kakakku..
Parking memang yillek..
[pulak tu hari tu parking FREE, sebab cuti Nuzul AlQuran..apa lagi??!]
Oleh kerana Faha pun susah nak boleh sampai ke Kelantan, so malam tu dia berbuka + bertaraaweh dengan sorang lagi sahabat kami.
Jam 10 malam aku jemput Faha kat rumah kawan aku tu and kami layan borak sampai tengah malam..
[sekali lagi... anak dara sapa laa ni balik tengah² malam??]
Husband kawan aku tu pun layankan je kitorang.. tak kuasa nak halang..
Hehehehhehehe..

Esoknya [Ahad], aku bawak Faha ke Pasar Besar Siti Khadijah.
Motif utama, dia nak beli popia kecik+karipap kecik yang berinti serunding daging.
Kenapa sampai ke sana? Kat Pasar Lama MPKB takde ke??
Sebab yang inti daging memang jarang orang jual..
Harganya pun slightly mahal bak kata pakcik-makcik yang tak jual tu.
Surprisingly, beza harganya cuma seringgit..
Satu paket popia kecik inti daging harganya RM6..

Selain tu, aktiviti menjejaki tudung bawal bersambung..
Kali ni Faha telah berjaya membeli lebih kurang 5 helai tudung di samping kain songket yang aku tengok pun terus dengki dengan kelawaannya..
Huhuhuhuhuhuhuhuhu..

Oh, sebelum tu actually pagi Ahad tu aku+Faha+Bonda ke Pasar Besar Wakaf Bharu.
Beli bahan-bahan yang perlu untuk buat nasi kerabu idaman Faha.
And petangnya bermulalah sesi masak memasak, potong-memotong ulam dan sebagainya.
Selain itu, Bonda juga telah berbesar hati membuat ikan percik versi Kelantan bagi mengiringi nasi kerabu ittewww..
Sungguh yummmmmmy... after all, Mums are the best chefs kan?
:)

Fuhhhhhh...bosannya kamu orang baca pasal weekend aku kan?
Excusez moi lah ekkkk.. topik lainnya ada, cuma ngga' mau ngomong lagi sih..
Kalau lepas nih ada sesapa nak buat rombongan Cik Kiah ke Kelantan [sambil menghabiskan duit] buleh lah inform aku.
Aku actually still amazed kenapa orang from negeri lain suka shopping kat sini.
And last weekend, aku dah dapat tengok dengan mata kepala sendiri.
Aku yang tukang tengok je pun suka bila tengok Faha dapat segala apa yang dia nak.

+ + + + +

Tahun 2008 adalah TAHUN MELAWAT KELANTAN.

Silalah berkunjung ke negeri kami. :)

+ + + + +

Sigh~
Nak balik dah lah..
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Monday, October 1

Draft.

Assalamualaikum.

Ini draf sahaja.
Curik² masa in between classes add entry kejap.
InysaAllah by noon aku akan update lagi..
[macam lah ada orang tunggu nak baca.. LOL]
Weekend aku yang lepas sangat terisi. :)
Karang aku cerita ekk.
Wassalam~

---------------------------------
[2.15 pm.. pusat akses sksl]
..nampaknya, draf kekal draf hari ni..

just now ada taklimat ad hoc dari boss..
esok ada orang jabatan nak datang sekolah.
banyak kerja aku nak kena tolong settle kan by today..
so sweet lah kamu-kamu yang 'menunggu'..
insyaAllah kalau ada kesempatan esok aku berceritera..
:)