Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, December 16

bila orang lain kerja dan aku cuti..

pagi semalam aku ber-YM.. dengan che goro dan sorang lagi kenalan blogger.. dua-dua memberi soalan yang sama.. :--> "seronok ke cuti?".. hemmmmm... aku pun jawab yang sama pada kedua-duanya.. seronok, tapi bosan. pelik? tapi benar.. seronok kerana aku tak perlu nak fikir tentang kerja atau anak-anak murid. tapi pada masa yang sama, bosan jugak sebab tak ada apa nak buat. nak update blog, aku agak bengang dengan celcom broadband ni. speed sama je dengan zaman dial-up dulu. dek kerana ke'slow'an connection, email pun aku tak check tiap-tiap hari..

dah bosan sangat, aku ulang tayang dvd-dvd yang aku ada. kebanyakannya drama jepun dan korea. hehehe. tak pernah bosan aku tengok semua koleksi tu. yang jepun dengan komedinya dan yang korea dengan romantikanya. best melayan. di saat-saat aku kebosanan. tapi malam ni lain sikit.. baru selesai menonton filem thai "metro sexual".. best jugak. sebab ceritanya bukan sahaja pasal gay, tapi yang paling penting tentang friendship. buat aku rindu pada sahabat-sahabat baik aku je bila tengok cerita ni.

hermmm..apa aku merepek ni? sekarang dah hampir 2 pagi, tapi aku tak rasa mengantuk pun. tiba-tiba rasa nak berkarya.. haha.. spontan ni.. abaikan bahasa yang merapu.. kalau nak tambah dipersilakan.. hehehehehe..

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang dah mimpi, aku tak tidur lagi

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang dah sampai office, aku tak bangun lagi

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang mengadap PC, aku tengok DVD

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang makan di kedai, aku masak sendiri

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang balik kerja, aku tengah seronok tengok tv

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang cepat-cepat nak rehat, aku sambung lagi tengok tv atau dvd

bila orang lain kerja dan aku cuti
diorang mesti jeles dengan entry ni, tapi percayalah..
AKU TENGAH BOSAN NI!!


nak beransur tidur dah.. selamat...~

Monday, October 6

eid ku yang hambar~

hajat untuk bersiaran dari kampung tidak kesampaian. bukan busy sangat pun [tahun ni memang tak buat kueh raya], tapi mood tu memang tak datang. bila dah kat kampung, duduk diam tak buat apa² pun tak apa. tidur je pun tak bosan. hehehe.

eid yang lepas..aku tak tahu macam mana nak jelaskan. agak hambar berbanding tahun² sebelumnya. selain sahabat sejati tiada bersama, ada sesuatu yang mengganggu kemeriahan sambutan tahun ni. apa bendanya, biarlah ia kekal misteri.

cuma, mungkin yang paling best masa raya ke 4. aku, shambie dan kak pB ke kenduri doa selamat kak KV. sempena naik rumah baru.. [cantik sangat rumahnya!!] akhirnya jumpa lah jugak kak KV. heheheheh.. selama ni secara maya je. :D kiranya masa dok menunggu gulai dihidang tu, sempat lah ber'gosip' dan meng'update' cerita dengan kak pB. hehehehehe.
lepas tu, aku + shambie gi shopping. sampai petang. tapi tak jumpa pun apa yang dicari. :(

setiap kali raya, kita tentu paling bahagia bila balik kampung kan. tapi aku rasa bagi orang kelantan, ia bagai satu 'seksaan'. huhuuhu.. kenapa? tentu lah masalah traffic jam..bukan di tengah² bandar kota bharu je, di kampung² pun. semua jam. dan sabtu lepas, menurut seorang rakan, setelah 6 jam drive dari kota bharu, dia baru sampai di kuala krai. [selalunya 6 jam tu dah nak sampai kl dah pun].. mak oiiii..., saat² macam ni lah aku bersyukur sangat kerja dekat. jadi bila ke tempat kerja lepas subuh semalam, traffic ok je. smooth..

tapi rasanya, itu bukan masalah besar. kepuasan dapat beraya di kampung tentu dapat memadam rasa 'bengkek' dek tersangkut dalam traffic jam selama berjam-jam. :D

selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
ampun dan maaf andai selama ini ada tersilap kata atau terkasar bahasa.

Tuesday, September 23

setelah sekian lama

benar bak kata che aisar.. bukan setakat bersawang dah blog aku ni.. kalau rumah, agaknya, dah nak roboh pun.. huhu..kesian lah pulak tengokkan blog ni. aku anak tiri kan. atau lupakan setelah sekian lama. bukan lah di anak tirikan, sebab primary blog aku pun baru minggu ni aktif di update kan. jadi, sudah masanya aku rasa.. untuk "cikpokok" kembali aktif di persada blog ini. chewah.

kalau ada tertanya.. kalau ada lah.. miss_tree selama ni ada je. sentiasa melayari internet. cumanya bukan blog sendiri atau blog rakan-rakan yang dikunjungi. cuma singgah untuk membaca dan membalas email, check facebook, bayar bills di cimbclicks dan download-mendownload lagu.

miss_tree patah hati dengan dunia blog pada masa tu. patah hati??? betul ke simpulan bahasa tu? patah hati/berjauh hati bukan sebab apa pun. PERHATIAN yang terlebih-lebih pulak diberi pada bloggers. sampai ada sekali tu, tiap-tiap hari aku dengar blogger kena tangkap.. kena siasat.. kena tahan di lokap.. isa dan sebagainya. aku naik jelak masa tu. seolah-olahnya blogosfera ni satu tempat untuk orang yang tak puas hati sahaja melepaskan geram/perasaan.

dah bertahun-tahun aku berblog. sejak dari zaman myspace belum pun popular lagi. 'zaman' tu, bloggers pun belum ramai. dan memang blog seolah diary bagi pemiliknya. tapi zaman pun berubah. apa yang aku anggap sebagai positif pada mulanya, mula menunjukkan riak tak eloknya. dah rasa TERKONGKONG untuk menulis semahunya.

semua yang berlaku, ada baik dan buruknya. tapi yang paling penting bagi aku adalah kebebasan untuk menyampaikan pendapat itu penting. kadangkala, bila seorang blogger cuba nak menyampaikan pendapat dia, dan pendapat itu bukan yang ingin 'didengari' oleh pihak yang lain, maka dia dikata mengancam keselamatan dan sebagainya. haiiiiii.. bagi aku semua orang patut muhasabah. mana-mana pihak pun. jangan fikir sesuatu perkara tu dari satu segi sahaja.

selain 'merajuk' dengan layanan yang diberi terhadap blogosfera ni, sebelum ni aku juga sibuk memenuhi tuntutan kerja. murid-murid nak upsr masa tu. banyak kelas, kelas tambahan dan sebagainya. pulak tu, kerja-kerja pengurusan data sekolah pun deme letak atas bahu aku.. dek kerana miss_tree ni "hebat" sangat mengatur masa, maka blogs terpaksalah dilupakan buat sementara.

dua minggu kebelakangan ni baru lah rasa lega sikit. bila anak-anak dah habis exam ni, chegu nya pun lega. harapnya results nanti power lah. dan negeri tempat miss_tree menyumbang bakti ni kekal yang teratas di seluruh negara. aminnnnnn.

okay, sudah mahu pulang.

Tuesday, May 20

Hari Guru + Masjid Kristal

Seperti yang sedia maklum, Hari Guru di sambut pada 16 Mei setiap tahun. Tapi oleh kerana 16 Mei tahun ni jatuh pada hari Jumaat, dan kami di Terengganu bercuti, maka sambutannya diadakan pada 18 Mei, Ahad yang lepas di seluruh negeri Terengganu. Aku bertindak sebagai photographer pada majlis sambutan dan serius aku katakan ke hulu ke hilir dengan DSLR Canon 400D memang agak memenatkan. [kepada Che G O R O, DSLR itu hanya di 'loan' dari kawan.. Cikpokok belum mampu nak rembat lagi..huhu..]

Sekarang ni pulak musim peperiksaan. Hari ini, anak-anak ku menjawab soalan English. Tak tahu lah macam mana resultnya. Hope for the best je lah. Ermmmm, terima kasih miss_tree ucapkan atas segala ucapan dalam entry yang lepas. Birthday wish, anniversary blog dan Hari Guru. Memang banyak sambutan pada bulan ni.


Oh, hujung minggu yang lalu miss_tree sempat ke Pulau Wan Man..apa lagi kalau bukan ke Masjid Kristal. Pergi untuk berlatih teknik photography dan juga nak melihat lah keHEBATan masjid tu. Kalau ada sesiapa yang pernah dengar rumour kononnya masjid tu hanya digunakan untuk lawatan sahaja, miss_tree nak betulkan pendapat tu. Sebab pada hari Jumaat lepas, ada je jemaah untuk Solat Jumaat. Makanya masjid itu berfungsi. Dan memang cantik binaannya.

Apa yang dikesalkan cuma dari segi pemeliharaan seluruh kawasan tu. Dari Taman Tamadun Islam [yang ada replika masjid dari seluruh dunia tu..] hingga ke Masjid Kristal. Nampak sangat terbiar. Dengan pasir sana sini, simen longkang tak siap, papan tanda tak cukup, rumput kering dan mati. Seolah-olah lepas pelancaran oleh Agong Sultan Mizan tu, tak ada follow-up dari pengurusan untuk mencantikkan tempat tu. Memang sayang.. memang rugi.

Okaylah, malas nak celoteh panjang². Let the pictures do the talking. Gambar² sekitar Hari Guru, lawatan ke Masjid Kristal dan juga yang miss_tree snap-snap dek ke'ghairah'an dapat DSLR. Hehehehehe. Enjoy~










Ermm..sebenarnya nak upload banyak lagi. Tapi ada kerja lah pulak. Alhamdulillah, hari ni miss_tree akan pulang ke kampung untuk Cuti Pertengahan Tahun. :D Jealous, ya? Jangan. Cuti pun, kami kena datang kelas jugak untuk kelas tambahan. Pada semua, terima kasih sebab masih sudi menyinggah di sini. InsyaAllah kalau ada kelapangan miss_tree akan update blog masa cuti ni.

WASSALAM.

Monday, May 12

Kitar

Assalamualaikum.


Lama tak update.. ini pun mengejar masa, ada aje kerja yang datang menjenguk.
Huhuhuhuhuhuhuu...
Hari ni nak recycle entry aje lah.
Alang² banyak sambutan bulan ni.. hehe.

May..
Especially to Kak Ila,Che FF,Che 13May dan Miss_Tree sendiri!!
We were all born on the 11th,12th,13th and 14th of May respectively..
Hehehehehe..

_________________

* Keras hati & tegas.
Tepat. Hehehe..
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Ini I'm not so sure..
* Pemikiran yang tajam.
Ye ke ni???
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
Sila rujuk students aku utk keterangan lanjut~
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Korang rasa??? Kuangkuangkuang~
* Perasaan yang amat mendalam.
Yup..tp bukan jiwang tau.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
Nope. I tak chantekkkk~
* Tidak perlu dimotivasikan.
Betul.Sgt betul.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
100% true lah this one!
* Mudah dipujuk.
:) .. untung tau my husband nanti.. kahkahkah..
* Bersikap sistematik (otak kiri).
Ye ke? Tak kot.. aku suka buat keje last minute..
* Suka berangan.
Tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar shj!!
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Sungguh. Aku ada 'ability' ini.. Boleh x character aku nih dimasukkan dlm "HEROES"?? :D
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Erkkk..aku slalu sakit mata..
* Daya khayalan yang tinggi.
[sila rujuk "suka berangan" di atas]
* Pandai berdebat.
Tak pernah pulak wakil sekolah..tp aku memang banyak cakap. Hehe..
* Fizikal yang baik.
Alhamdulillah..
* Kelemahan sistem pernafasan.
I can't last cardio workouts for long.. :D
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Benar!Benar!Benar! Suka novels,dgr mp3..and nak gi Redang!!!! ehemmmm.. [siapa yang 'berkaitan' sila ambil tindakan.. hehe]
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
On the contrary, aku suka dok rumah..tp aku buleh spend the whole day kat shopping complex. hehehe.. [especially kalau J-Card day! ..rindu Jusco! haha..]
* Tidak boleh duduk diam.
Macam budak nakal plak takleh dok diam.. hehehe.. tp memang pun..dok rumah aku suka MASAK!
* Tidak punya ramai anak.
Erkkk..wallahualam.. tp kalau nanti ada 2-3 org ok kot. Aminnn~
* Rajin dan bersemangat tinggi.
Aku = rajin?? Bersemangat tinggi?? Oh tidak..
* Agak boros
You got this spot on!!! Hahahahah..
_______________

So, secara tak langsung.. korang dah tahu serba sedikit tentang 'personality' aku..
Seriously, kajian yang dilakukan oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah ni agak 'tepat' tentang aku.
Why don't you guys try this out and see?
And to Kak Ila, Che FF and Che 13May.. SELAMAT HARI LAHIR YAAAAA?

Friday, March 28

rosak

Assalamualaikum.

Miss_tree bersiaran dari rumah sahabat baik.

Internet di sekolah rosak.. router bermasalah.

Jadinya, daku ga' bakalan ada di alam maya buat seketika.

Blogger, YM, email... semua takdak..



Errr,kalau ada apa-apa berita, sila sms.

Hehehehehehehe..

Wassalam.

Saturday, March 15

lawak

Assalamualaikum.


Sebelum apa-apa, jom kita ucapkan tahniah kepada BANG BIL yang telah menjuarai Raja Lawak ASTRO malam tadi. [Thanks for the info, ya Che G O R O..] Namun begitu, kita tak perlukan Raja Lawak, Last Comic Standing atau Bang Bang Boom! untuk ketawa kebelakangan ini.

Kita hanya perlu membaca surat-koba dan menonton berita di tali-besen.

Dengan isu-isu yang tak habis dan tak sudah-sudah.. politicians bagi aku dah macam pelawak. Cakap berbelit-belit tak kira parti memerintah ke yang membangkang. [Kecuali negeriku yang aman lagi makmur dan selesa. Alhamdulillah..] Tali-besen dan surat-koba pula masih tak reti nak INSAF. Dah tahu orang benci, polak, bengang dan sebagainya dengan laporan yang BERAT SEBELAH, lagi lah tak nak ubah perangai tu. Cuba lah jadi macam bloggers di alam maya ni.. yang menyampaikan berita secara telus dan jujur.. hahahaha.. Ye lah, kalau tak pun sekurang-kurangnya tak ada lah senget sebelah dacing penilaian betul salah para bloggers ni.

Bila kita boring, dan tension..bak kata sahabat baikku, "baik kita tengok citer Korea!" Hahahahahahahaha.. memang pun! Tengok kan muka hero dan heroin K-drama yang sama cantik sama hensem tu lagi menyonangkan hati den. :D

Tapi lagi menyenangkan hati bila beribu-ribu rakyat negeriku ke Dataran Ilmu hari Jumaat lepas bagi mendengar ceramah agama dan selepas itu diikuti dengan solat sunat hajat kesyukuran sempena kemenangan penggal kelima PAS di negeri Serambi Mekah ini.

Jumaat 14 Mac 2008
(sumber: kelantankini.com)


Untuk rekod, setiap hari Jumaat di Kelantan akan berlangsung ceramah agama di Dataran Ilmu (berhampiran Stesen Bas Kota Bharu). Alhamdulillah, setiap kali adanya sesi ilmu ini, beribu-ribu rakyat dari seluruh pelosok negeri akan bersama-sama mendengar amanat dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz (sesi kedua 9.00-10.00 pg) dan sebelumnya oleh mana-mana exco kerajaan negeri (8.00-9.00 pg). Sesi sebegini khabarnya akan dilaksanakan juga di Kedah. Alhamdulillah.

Wassalam.

Sunday, March 9

berita.

Pasir Pekan, 9 Mac - Dalam keghairahan meraikan kemenangan parti PAS sempena Pilihanraya Umum ke -12, negeri Kelantan kini dilanda kekurangan bekalan yang agak merunsingkan para penduduk terutamanya di daerah Tumpat.

Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Puan R, beliau terkejut apabila ke Pasar Besar Wakaf Bharu pada pagi ini dan mendapati bekalan bagi ayam dan laksa/laksam habis dijual walaupun waktu itu baru menunjukkan jam 11.30 pagi. Beliau yang khuatir suami serta anaknya yang baru pulang dari Perak untuk mengundi semalam akan kempunan, terus bergegas ke kilang laksa di Chabang Empat, Tumpat.

Namun, tiada berita gembira dikhabarkan walaupun lebih dari tiga kilang dilawati bagi mendapatkan bekalan laksa yang diidam-idamkan oleh seluruh ahli keluarganya.

Faktor kekurangan bekalan ayam serta laksa ini dikaitkan dengan keghairahan rakyat Kelantan yang ingin meraikan kemenangan PAS yang kekal memerintah bagi penggal yang seterusnya. Kebanyakan rumah di sekitar kawasan ini didakwa berbau haruman dari kuah laksa lemak yang menjadi santapan kegemaran rakyat negeri Serambi Mekah ini.

Suami Puan R yang dihubungi pula berkata, beliau redha dengan keadaan ini dan menambah bahawa dalam masa lebih kurang sebulan dari sekarang, kekurangan bekalan daging pula mungkin akan melanda Kelantan kerana dilaporkan bahawa banyak kenduri KESYUKURAN akan diadakan sempena kemenangan besar PAS pada Pilihanraya Umum kali ini yang mengulangi kejayaan tahun 1990.

TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!

* * *

Selesai sudah.
Ada yang berduka, ada yang memanjatkan kesyukuran kerana doa dimakbulkan.
Aku?
Bak kata Bang Bil (Raja Lawak) kesayanganku...
"Lu pikirla sendiri! Assalamualaikum!!"



*Puan R dalam berita di atas adalah ibunda Cikpokok.. hahahahahahahaahaha..
** terima KASIH pada bloggers Wan and Che GORO yg mengupdate dan berbalas pantun sms dari semalam hingga pagi tadi melaui sms.. hehe..

Tuesday, March 4

pertabalan~

Assalamualaikum.

Hari ini, aku cuti.
Seluruh rakyat yang mendiami dan berkerja di Terengganu cuti.
Cuti sempena Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu.

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Baginda adalah my second favourite Agung selepas Sultan Azlan Shah.
Dan apabila Raja Nazrin jadi Agung, baginda Sultan Mizan akan menjadi third favourite kerana Raja Nazrin akan mendahului carta..
Hehehehehehe.. entry nih buat aku sedar, kerabat DiRaja Malaysia tak kurang juga hebatnya.

* * *

Sebenarnya, aku dah insaf lepas menyepikan diri buat sekian lama.
Banyak cerita rakan-rakan yang aku missed..

Tentang Che Dayat yang tak berapa sihat..[tapi alhamdulillah dah ok..]
Tentang Cik Lindosh yang disakitkan hatinya oleh seseorang..
Tentang Cik Nina yang selalu bermimpi manis..yang buat aku cemburu.. ;)
Tentang Che G O R O yang kesibukan dengan tanggungjawab di tempat kerja..
Tentang Che AlanZed yang dah berada di Terengganu [rupanya..]..
Dan tentang Cik Bintang ♥..ahhh, kamu sungguh tabah!

Itu.. baru beberapa orang..

Apa khabar Cik Rena? Cik Nelly? Achik???
Kak KV? Kak pB? Kak Ila? Kak Jun? Kak Yatie?
Che Joe? Che AhCock? Che Butaseni? Che Art?
Che Wira? Che Jinggo?

*
Yang tak tertulis di atas, jangan terasa hati kerana aku juga kangannnnnnn sama kalian.
Aku akan rajin menjenguk rumah-rumah kalian dan aku akan rajin update.
Selagi masa mengizinkan.

Wassalam.

Sunday, February 17

err...emmm..

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, dah update.
Serious. tak caya tanya Achik. (hehe..)
Tapi bila nak upload tu tak jadi.
Tekan 'back' terus hilang apa yang dah tulis.
Orang bila dah malas, jadi pulak macam tu..
Terus give up! :D

Kucing kemalasan.. hehehe..
Lebih kurang sama dengan pemilk blog ini.
Perhatikan timbunan kerja yang diabaikan oleh kucing itu.
;)



Ramai yang sudah perli tentang virus M yang melanda ni..
Heheheheheeh... harap tak tersebar kepada yang lain.. :P
Oleh itu hari ini daku insaf.. maka sedikit berita ingin disampaikan.

Kerja masih lagi bertimbun, menunggu untuk disiapkan.
Tah bila akan settle semuanya, aku pun tak tahu.
Sesungguhnya pengurusan masa merupakan KELEMAHAN aku yang paling utama.
Aku tak sistematik dan suka buat kerja di 'saat-saat kecederaan' kalau dalam bahasa bola.
[tgh ber YM dengan seorang blogger yang sedang "berkabung" dek kekalahan Arsenal.. haha]

Kurang lebih dua minggu dari sekarang, kita akan mengundi.
Aku excited yang amat.
Kali pertama menjalankan tanggungjawab.
Akan ku pangkah yang mana kurasakan boleh memimpin dengan baik.
:D

Wassalam.

image source: http://www.ontora.com/wp-content/uploads/2007/03/lazy.jpg

Tuesday, January 15

Sawang~

Assalamualaikum.

Fuhhhhhhhhhh... agaknya dah buleh jadi Spiderwoman aku jap lagi..
Habis bersawang dah blog nih tak ada update.. heheheheh..
So sorry pada yang berkunjung tapi masih dihidangkan dengan lagu Kerispatih dan OST Full House..
Juga entry yang tak berubah-ubah dari awal bulan.



Sejujurnya, aku agak MALAS nak mengupdate blogs buat masa sekarang.
Mood tu belum ada.. tak nak beralasankan kerja, sebab tak adalah banyak sangat.
Kalau banyak pun boleh je lepas sekolah nak online dan update..
Tapi betul.. aku tak ada mood.
InsyaAllah akan slow-slow kembali mengumpulkan minat terhadap penulisan ni.
Juga melawat blogs kalian semua.. [janji tinggal janji nih.. huhu..]

Oh, oleh kerana aku tak terfikirkan topik apa nak bercerita sekarang ni.., so aku hidangkan kalian semua dengan lagu dari Big Mama.
Siapa Big Mama? Haaaaaa.. mereka adalah favourite vocal group miss_tree dari South Korea.
Dan tajuk lagu ni aku pun tak ingat.. first time dengar kat channel 303 (KBS World-[achik..feveret channelku selain 703]..)
Tapi layankan je lah ekk..

Jap lagi nak gi jaga kelas untuk exam..
Ya kawan-kawan.. hari ini anak-anak muridku sudah ada exam.
So, laman kalian akan disinggahi satu-persatu selepas ini.
InsyaAllah.

----------------------
bad mood..
sat tadi aku caught anak murid meniru dalam exam..
dahlaa budak paling pandai.. lagi lah berapi..
aku.., memang cukup PANTANG kalau orang meniru.
aku "hilang" dua bloggers kesukaan aku di alam maya ni..
harapnya mereka sihat-sihat dan kembali berkarya.

Friday, November 30

Sopan.

Assalamualaikum.

Bila ada iklan yang menyuruh kita BERSOPAN DI JALAN RAYA, kita patut menurutinya tanpa banyak soal.
Hehehheehe.. ini kisah miss_tree Ahad lepas.
[seperti yang dijanjikan kepada Che G O R O utk diceriterakan..]

Kurang lebih jam 4.00 petang,aku bergerak pulang.
Setelah berhenti rehat+makan di rumah sewa seusai kelas tambahan di sekolah.
Dari Permaisuri lagi, ada sebuah Kancil mengikut belakang Wiraku.
Cubaan Kancil nak memotong, aku gagalkan berkali-kali.
[Saje je test power..gurau².. kalau Harrier ke, BMW ke.. aku sedar diri and bagi laluan..heheheh..]
Bengang jugak agaknya pemandu tu, sebab petang tu aku membuat keputusan memandu dengan kelajuan sederhana sahaja.
Lagipun tak adalah nak cepat sangat petang tu.

Sampai lah satu ketika tu, agaknya 'darah lelaki' tu dah mendidih tak betah lagi nak mengikut belakang kereta aku..[aku agak pemandu tu lelaki, dari segi gaya memandunya..]
Pulak tuh, agak lama kami terpaksa ikut lori.. [aku nak potong pun tak lepas..]
Jadinya, dek ketaksabaran pemandu Kancil tu, dia telah memotong keretaku dan berderet-deret lagi kereta di hadapanku dengan penuh macho nya dan dengan bunyi enjin turbo yang mengaum...
Dah tak kisah dah double line.

Vrooooooooooooooooooooom!!

Tak lama lepas tu, aku tengok Kancil tu tersadai kat tepi jalan..
Bukan accident, tapi KENA SAMAN!!!!!
Hahahahahahahahahahahahahahahahahaharahap.
Bila tengok pemandu tu,memang JEJAKA muda remaja lagi.
Ish ish ish... kan tak pasal-pasal kena saman?

Moral of the story, BERSOPANLAH DI JALAN RAYA.
Kalau tak, percuma aja uangmu melayang!


Sebenarnya, dah dua kali benda macam ni jadi..
Yang first time tu,Mercedes yang potong keretaku..
Tup-tup lepas tu kena tahan ngan bapak polisi..
Kuangkuangkuang.

Jadinya,aku sekarang kena selalu beringat dan bersopan di jalan raya.
[Dah 2 kali almost kena saman,tapi selalu buat muka nak nanges.. so terlepas! hehehehe..]
Ermmm,di kesempatan ini, miss_tree nak share cara mudah nak check saman.. sila ambil handphone anda dan taip :

POLIS SAMAN [no IC atau no plat kenderaan anda] dan hantar ke DAPAT [32728]

Kalau ada saman, takziah diucapkan ok?
Alhamdulillah, miss_tree takde saman.. baru check tadi.
Hehehehehe..

Wassalam.

Sunday, November 25

Pencapaian

Assalamualaikum..

Sekarang ni, miss_tree bersiaran dari sekolah.
Baru selesai kelas tambahan untuk future UPSR candidates tahun depan.
Pagi tadi, bertolak dari kampung kurang lebih jam 7.45 pagi..
Terpaksa berpatah balik setelah 5 minit perjalanan..
Tertinggal spaghetti yang dimasak di pagi hari..
Hehehehehehe..

Pencapaian apa yang aku nak cerita nih?
Hrmmmm... luas betul skop tajuk tu.

Bagi bloggers yang mengadakan persembahan teater semalam, tentu pencapaian mereka amat memberangsangkan..
Kalau ada sesiapa yang pergi menonton, jangan lupa update tentang tu ok?

Cerita tentang pencapaian, banyak lagi sebenarnya impian aku yang belum tercapai.
Satu daripadanya adalah untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.
Entahlah, bukan tiada usaha.. tapi panggilan yang ditunggu dari UPM nampaknya belum kunjung tiba..
November dah sampai ke penghujung, jadinya hasrat nak menyambung ijazah TESL dalam tahun ni tak tercapai nampaknya. *sigh*
Tahun depan insyaAllah.. tak dapat tidak, kena jugak sambung degree.
Harap kalian semua doakan miss_tree ok?..

Itu impian untuk pencapaian skala besar..
Sebesar impian untuk mendirikan rumahtangga, tapi calon masih tak nampak batang hidungnya.
Huhuhuhuhuhuhu..

Pencapaian skala kecik, alhamdulillah..
Semenjak 2-3 minggu sebelum cuti sekolah sehingga lah sekarang..
Aku aktif di dapur mencuba beberapa resepi kek+puding.
Terbaru, resepi Almond Tart yang diambil dari MarthaStewart.com tempoh hari.
[Martha Stewart adalah idola ku..]



Tak sangka jadi jugekkkk tart yang di inspirasikan oleh si Jesse James [host Monster Garage di Discovery Channel a.k.a suami Sandra Bullock..]
Kalau ada yang nak resepi nya, klik sini..
Senang bangatttttttttttt!!**

Sebetulnya, aku memang suka sangat memasak.
Selain berblog, baking+cooking juga laksana terapi bagi aku..
Berikan aku satu kepuasan bila berjaya membuat resepi yang ibunda tak tau.
Kihkihkihkih...
Tapi Bonda sangat supportive.. kalau sedap dipuji..
Tak sedap, aku diberi komen yang membina..
Chewahhhh..

Okaylah.. nak beransur..
Mau singgah di rumah sewa sekejap..
Take care kamu-kamu..

Wassalam.

**Abaikan saja"Grand Marnier" dalam recipe tu.

Thursday, November 1

Transformasi

Assalamualaikum.

Errr..sebelum miss_tree teruskan dengan entry hari ni, jutaan terima kasih atas bacaan Al-Fatihah, salam takziah serta nasihat yang kalian semua berikan dalam comments untuk entry yang lalu.
Alhamdulillah, Selasa lepas aku dan chegu² lain sempat menziarahi kawan kami tu.
Dia kelihatan tenang sahaja.. redha dengan segala ketentuan dari Allah.
Cumanya, bila dia bercerita tentang saat-saat kehilangan tu, aku terpaksa menahan air mata.
Sebak hati mendengarkan ceritanya, tapi apa yang pasti aku kagum dengan ketabahannya.
:|

Okay..jangan sedih-sedih dah..
Life must go on, kan?

Sebenarnya, usai menziarah, aku pulang ke rumah.
Rumah di kampung.. rumah ayahbonda.. :)
Sempat lah bermalam di rumah dan sempat jugak buat brownies untuk rakan² sekerja.
Malam tu, sebelum tidur pulak dapat call dari orang ini.
Mimpi indah aku malam tu, sampai bangun pun terlambat.. hehe.
Dan lepas Subuh keesokannya, aku bertolak ke sekolah.
Brownies? Sedap, kata orang-orang yang memakannya..
Hahahahaha.. betul ke tak, wallahualam.
Nak ambik hati pun mungkin jugak. :)

Ermmmm..lately ni terasa hambar je.. hambar dek 'proses transformasi' beberapa bloggers.

Mula-mula Che Amar.
Terkujat aku dibuatnya.
Walaupun tak 'mengenali' beliau secara in person, tapi seperti aku pernah katakan dulu lah, cara seseorang itu menulis [dalam case ini blogging], buat kita SEOLAH-OLAH mengenali sang penulis tu.
Dan walaupun Che Amar beralih arah ke sesuatu yang lebih positif, I kinda miss the old Seter Duweter tu.
Yang santai dan selalu buat aku gelak bila baca entrynya. :)

Kawannya Che Gua/Ikan juga nampaknya mengikuti jejak langkah Che Amar.
Blog ini juga selalu buat aku ketawa.
Tapi sekarang tidak lagi.. :(

Yang paling menggemparkan sudah tentu lah apabila Che 13May dengan tak semena-mena telah 'berehat' daripada blogging minggu lepas.
Aku macam tak percaya jugak bila 'master' seperti beliau tak blogging.
Seperti hilang sesuatu di blogosfera [meminjam perkataan Che Wira] bila 13May tidak berkarya.
Tapi alhamdulillah.. sebentar tadi bila melawat blog "Layan Kepala", katanya cuma belum ada mood untuk update.
Jadi, harapnya tak lama lah.. ok, Che 13May?? :)

Walau atas sebab apa pun mereka yang tersenarai di atas membuat keputusan demikian, bukanlah hak aku untuk mempersoalkannya.
Itu hak mereka sendiri dan aku menghormatinya.
Sebab aku sendiri pun selalu mengambil keputusan yang sama sebenarnya.
Tapi, dalam kes aku sendiri.. aku tak pasti sama ada aku bertranformasi atau melarikan diri?
Sigh~

Wassalam.

---------------------------
cerita tentang transformasi ni, aku baru dapat tahu tentang berita yang bagi aku [sahaja].. menyedihkan.
kawan.. yang aku ceriterakan di sini dan beberapa entries yang lain.
akhirnya membuat keputusan untuk menyepikan dirinya sekali lagi.
tapi bukan kepada semua, ada yang masih dapat membaca karyanya.
dan aku adalah salah seorang yang bakal tidak mengetahui perkembangan hidupnya nanti.
sebentar tadi, air mata aku sekali lagi mengalir kerana dia.
kepada kalian yang tahu siapa yang miss_tree maksudkan, MAAF kerana 'membosankan' anda dengan isu dia sekali lagi.

Monday, October 29

Hilang.

Assalamualaikum.

Kelmarin, aku dikejutkan dengan berita tentang adik Dr Sheikh Muszaphar yang telah kembali ke Rahmatullah.
Maaf, aku langsung tidak mengetahui akan tragedi yang menimpa adik beliau kurang lebih seminggu yang lepas.
Tahu-tahu, aku dikhabarkan tentang berita itu.
Sedih.. memang teramat sedih.
Tidak dapat aku nak membayangkan perasaan ibu beliau..
Dalam sedang dia risaukan Dr Sheikh Muszaphar tu, anak yang lain pula ditimpa kemalangan sehingga mengakibatkan maut.
Takziah yang teramat aku ucapkan kepada keluarga beliau.
Harapnya mereka semua tabah menghadapi dugaan itu.

Itu, cerita kelmarin.

Pagi ini, aku dikejutkan pula dengan berita kematian anak salah seorang chegu di sekolahku.
Baby tu dilahirkan pada 2 Syawal yang lalu, dan hari ini, 17 Syawal, Allahyarham kembali ke pangkuanNya semula.
15 hari bersama ibu dan ayah, dan itu pun bukan secara direct, lantaran Allahyarham berada di ICU sejak dilahirkan.
Dugaan, kan? Dah lah itu satu-satunya putera kawan aku tu.
Dipanggil Allah hanya setelah dua minggu bersama.
Tapi, bila difikirkan secara positif, baby itu akan menunggu ibunya di Syurga.
Jadi, dari satu segi, pemergian itu tidak harus ditangisi semahunya.
Betul tak??

------------------
*AL FATIHAH*
------------------

Ermmmm.. terasa 'kena' pulak dengan lagu tema minggu ni..

--------------------------------------------
PENJAGA HATI - Numata feat. Tetty Kadi
(OST Menanti Surga)

Ada Kala
Saat Ku Tak Berdaya
Menyerah Menyusuri Hidup

Jangan Biarkan
Aku Terluka
Ku Disini Membutuhkanmu

Tak’ akan Ada
Yang Melebihi
Ketulusanku, Kasihku Kepadamu

Karena Aku
Yang Mencintaimu
Selalu, Tanpa Ragu

Cinta Ini Tak’kan Terhapus Oleh Waktu
Begitu Adanya Dirimu
Masih Disini Setia Tuk Menjagamu
Akulah Penjaga Hatimu

Ada Kala
Saat Aku Merasa
Sudah Sampai Disini Saja

Jangan Biarkan
Aku Terlena
Sendiri Ku Disini, Membutuhkanmu

Wassalam~

Sunday, October 21

*mengeluh*

Assalamualaikum.. selamat pagi semua..

Hari ni aku first day kerja lepas cuti raya yang panjang.
Alhamdulillah, pagi tadi selamat sampai di sekolah tepat jam 7.45 pagi.
Sempat lah attend perhimpunan mingguan.

Erkkk.. aku sebenarnya takde idea nak tulis apa pagi ni.
Update nih pun sebab rasa macam dah lama sangat tinggal blog nih.
Rasa tak selesa pun ada bila berblog kat sini sekarang..
Kenapa? Kalau aku explain nanti lain pulak ceritanya.
So, biarlah korang tertanya-tanya..huhuhuhu..
[Nak mengambil tindakan ekstrem seperti kawan aku tu, aku sayang.. tapi entah lah..]

Apa-apa pun, sila layan lirik lagu ni.
My current favourite.. :)

++ ♥ ♥ ♥ ++

ATAS NAMA CINTA - ROSSA

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

++ ♥ ♥ ♥ ++


Wassalam~

Sunday, October 7

Iftar~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 25 di bulan Ramadhan.
Dalam kita sedang beriya-iya menyediakan persiapan raya [read: buat kuih raya, tukar langsir baru, bubuh lagu raya kat blog sendiri..], seharusnya kita berasa sedih kerana kurang seminggu lagi, Ramadhan bakal kita tinggalkan.
Walaupun Syawal yang bakal tiba insyaAllah menjanjikan kegembiraan + kebahagiaan, namun sedih juga bila mengenangkan bulan yang penuh berkat ini akan berakhir.
Bulan yang istimewa dan 'romantik' bak kata petikan kata-kata seorang Ustaz melalui blog Kak pB. :)
Wah, gitu!!! Mukadimah yang sungguh mengagumkan.. hehehhehe..

Semalam, aku berkesempatan berbuka bersama sahabat-sahabat rapatku di Secret Recipe.
Kami berempat, 3 perempuan dan seorang lelaki merangkap photographer terhormat kami semua.. hehehe..
Hadirin majlis iftar semalam adalah:

  • aku.. - si driver terhormat..
  • Cik S - yg memang terrer photography..
  • Cik M - yg baru pulang dari Fukui, Japan.. [dan membawa kiriman² kami..hehe]
  • Che FH - hero kami yg baik hati+hensem.. [sbb tanggung perbelanjaan iftar. hehe..]
Usai iftar, aku+the ladies ke butik kakakku untuk solat dan hero kami ke surau..
Sementara menunggu FH sampai di butik, aku+M+S dengan rakusnya telah meng'vandal' DSLR milik FH ittew.. kekekekekeke..
Tanpa kami sangka rupanya dia awal² dah ada kat depan butik tu.
Layannnnkan je aksi kanak² Ribena aku+M+S.. [baik kan dia??]..hehehehehe..
Kalau ada kesempatan, akan aku upload gambar² tu untuk menjadi mangsa kritikan Cik Ilynn, Che G O R O dan Che Wira.. heheheheheh..
Kata orang, kritikan itu membina... dan harus aku akui, saat memegang DSLR semalam, ada satu rasa yang mengatakan "suka! suka! suka!" [<--sila baca seperti kartun Upin+Ipin]..
Pulak tu bila M bagitahu kami, kalau di Jepun, DSLR buleh didapati dengan harga serendah RM2000.
Aku seakan menggelupur keseronokan.. kalau ada rezeki nanti insyaAllah.
Sebelum tu nak kena menuntut ilmu dulu lah.

Sila layan Upin+Ipin episod 1 ni yang secara rasminya menjadi kartun kegemaran aku.
Betul! Betul! Betul! [kan Achik??? hehehehehhe..]


Actually ingatkan nak bercerita lagi..tapi 'selera terbantut' plak..
Just now masa aku turun ke office, Pembantu Am Rendah (PAR) skolah aku tu siap tarik muka 14 lagi ngan aku..
Tah apa la masalah dia nak masam² muka ngan aku dalam bulan Ramadhan nih.
Aku pun tak faham..marah tak bertempat betul lah.
Tapi aku malas nak layan.. buat taktau je.. sebab dah tau perangai dia sejak azali memang lagu tu.
Masalahnya, dia dah 'berjaya' buat aku bengang di pagi hari nan indah ini. Cheissssss!!!

Wassalam~

Thursday, October 4

the Lima

Assalamualaikum.

Kemalasan melanda.
Kekeringan idea juga..
Tapi Che GORO came to the rescue.
Inilah jawapan TAG mu itu..

+ + + + +

5 MAKANAN YANG AKU TERASA NAK MAKAN SEKARANG JUGAK:
[which I can..legally.. hehehehehe..]
  • Puding Caramel yang sejuk...
  • Ikan Percik resepi Bonda..
  • Chicken Cornish from Secret Recipe..
  • McDonald's Oreo McFlurry.
  • Sushi..

5 MAKANAN YANG AKU NAK MAKAN UNTUK SARAPAN
(after Ramadhan-lah)
:

  • Nestle Honey Stars with cold fresh milk.
  • Nasi Kerabu dengan Daging Bakar..
  • Pulut Panggang.
  • Nasi Kapit dengan Sambal Ikan.. [one of Kelantan's specials..]
  • Nasi Dagang Kelantan dengan Sambal Ikan [yang sama]..

5 MAKANAN YANG AKU AKAN BELI UNTUK IFTAR HARI NI:
Tak akan beli apa²..
Sebab aku akan berbuka dengan Bonda+Adinda hari ni. :)
Kalau dok rumah sewa pun, aku prefer masak sendiri..
Biarlah ikan kering+budu sahaja pun..
Lagi menyelerakan dari lauk² cliche di Bazaar.

+ + + + +

Oleh kerana entry ni tajuk nya LIMA..
Maka di sini dialu²kan kedatangan LIMA jemaah baru di blog ni..
Terima kasih kerana menyinggah.. tak kisah lah on purpose ke, "ter"lompat ke sini ke..
Yang penting, kunjungan kalian ni, amat bermakna buat miss_tree.
Bertambah lah lagi ikatan silaturrahim di alam maya ni.

Che Anul
Cik Lindosh
Cik Pandagumuk
Cik Rena
Che Faridmw

Wassalam~

p/s: Lagu "Zapin Hari Raya" ni lagu favourite aku.. Akan berkumandang di blog ni sampai Ahad.. lepas tu insyaAllah aku akan letak lagu-lagu raya yang evergreen dalam playlist tu. Next week lah, insyaAllah. :)

Tuesday, October 2

Betul²

Assalamualaikum.

Sebelum aku teruskan.. korang [yang Muslim] dah jawab ke belum salam tu?
Jangan baca je tau? Hehehehehhehehe..
Fuhhhhhhhhh..penatnya hari nih..
Untuk pengetahuan anda semua.. saya belum mendapat tidur yang cukup.
Pukul 5 a.m baru settle kerja..
And then 6.30 dah bangun+mandi+pegi kerja balik..
*menguap~

Excuse lah ekk entry semalam tu..
Selamba je post draft..hehehehhehe..
Itu adalah salah satu ciri² blogger tegar, ok?
Tak dapat tidak, bila ada cerita kena jugak update.
Hehehehehehehehe..

Actually xde lah apa-apa yang extravagant dengan weekend aku hari tu.
Cumanya, ada ex-schoolmate aku datang and spent her weekend at mi casa.
Lama aku tak jumpa dia.. pulak tu sekarang dia tengah buat medic kat Dublin.
Kalau tak jumpa time dia cuti ni.. tak tahu bila lagi ada chance.
Nak tunggu aku turun KL, lambatlaa.. aku tak suka travel sendiri.

Kawan aku tu, Faha [mungkin nama sebenar], pernah datang rumah aku time kitorang Form 4 dulu.
Masa tu Bonda buat nasi kerabu untuk dia and kawan-kawan aku yang lainnya.
Diorang semua tu pulak memang dah jatuh cinta ngan nasi kerabu..nak-nak pulak yang home made.. [dengan budu+tumis+sambal kelapa+solok lada et cetera..]
So, bila Faha datang kali ni, tak lain tak bukan, memang itulah juadah pilihannya.

Rasanya, sepanjang Faha kat Kelantan last weekend, memang 'jadual' aku packed.
Selalunya time-time weekend memang aku penuhi dengan aktiviti meng'qada' tidur sahaja.
Hehehehehehehehehehehe.. [anak dara sapa la ni.. kekekekeke..]

Pagi Sabtu, aktiviti borong memborong tudung bawal telah berlaku di Pasar Lama MPKB.
Time tu, kami telah 'mengerah' tenaga 2 orang ibu untuk memperoleh tawaran yang paling ideal.. [Bonda² kawan-kawan kami jugak.. :D]..
Hasilnya, hari itu sahaja Faha telah berjaya memperoleh almost 10 helai tudung bawal dengan harga average RM30.
Umat manusia kat situ...MASYAALLAH!!
Memang macam sardin lah bak kata orang..
Tapi demi tudung bawal kami gagahi jua...
[inilah kelebihan kaum Hawa... kalau shopping sanggup aja!! hehehehhe]

Petangnya, aku dah surrender..
Hajat nak balik ke rumah..tolong Bonda masak untuk iftar.
Tapi jalanya jam.. dan aku juga terpaksa lah melupakan hasrat nak ke butik kakakku..
Parking memang yillek..
[pulak tu hari tu parking FREE, sebab cuti Nuzul AlQuran..apa lagi??!]
Oleh kerana Faha pun susah nak boleh sampai ke Kelantan, so malam tu dia berbuka + bertaraaweh dengan sorang lagi sahabat kami.
Jam 10 malam aku jemput Faha kat rumah kawan aku tu and kami layan borak sampai tengah malam..
[sekali lagi... anak dara sapa laa ni balik tengah² malam??]
Husband kawan aku tu pun layankan je kitorang.. tak kuasa nak halang..
Hehehehhehehe..

Esoknya [Ahad], aku bawak Faha ke Pasar Besar Siti Khadijah.
Motif utama, dia nak beli popia kecik+karipap kecik yang berinti serunding daging.
Kenapa sampai ke sana? Kat Pasar Lama MPKB takde ke??
Sebab yang inti daging memang jarang orang jual..
Harganya pun slightly mahal bak kata pakcik-makcik yang tak jual tu.
Surprisingly, beza harganya cuma seringgit..
Satu paket popia kecik inti daging harganya RM6..

Selain tu, aktiviti menjejaki tudung bawal bersambung..
Kali ni Faha telah berjaya membeli lebih kurang 5 helai tudung di samping kain songket yang aku tengok pun terus dengki dengan kelawaannya..
Huhuhuhuhuhuhuhuhu..

Oh, sebelum tu actually pagi Ahad tu aku+Faha+Bonda ke Pasar Besar Wakaf Bharu.
Beli bahan-bahan yang perlu untuk buat nasi kerabu idaman Faha.
And petangnya bermulalah sesi masak memasak, potong-memotong ulam dan sebagainya.
Selain itu, Bonda juga telah berbesar hati membuat ikan percik versi Kelantan bagi mengiringi nasi kerabu ittewww..
Sungguh yummmmmmy... after all, Mums are the best chefs kan?
:)

Fuhhhhhh...bosannya kamu orang baca pasal weekend aku kan?
Excusez moi lah ekkkk.. topik lainnya ada, cuma ngga' mau ngomong lagi sih..
Kalau lepas nih ada sesapa nak buat rombongan Cik Kiah ke Kelantan [sambil menghabiskan duit] buleh lah inform aku.
Aku actually still amazed kenapa orang from negeri lain suka shopping kat sini.
And last weekend, aku dah dapat tengok dengan mata kepala sendiri.
Aku yang tukang tengok je pun suka bila tengok Faha dapat segala apa yang dia nak.

+ + + + +

Tahun 2008 adalah TAHUN MELAWAT KELANTAN.

Silalah berkunjung ke negeri kami. :)

+ + + + +

Sigh~
Nak balik dah lah..
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Monday, October 1

Draft.

Assalamualaikum.

Ini draf sahaja.
Curik² masa in between classes add entry kejap.
InysaAllah by noon aku akan update lagi..
[macam lah ada orang tunggu nak baca.. LOL]
Weekend aku yang lepas sangat terisi. :)
Karang aku cerita ekk.
Wassalam~

---------------------------------
[2.15 pm.. pusat akses sksl]
..nampaknya, draf kekal draf hari ni..

just now ada taklimat ad hoc dari boss..
esok ada orang jabatan nak datang sekolah.
banyak kerja aku nak kena tolong settle kan by today..
so sweet lah kamu-kamu yang 'menunggu'..
insyaAllah kalau ada kesempatan esok aku berceritera..
:)