Cita² [part 2]
SALAM EID-UL-ADHA KEPADA SEMUA PEMBACA
♥ my utmost sincere self ♥
SEMOGA IBADAH KORBAN KITA DIBERKATI ALLAH. AMIN~
♥ my utmost sincere self ♥
SEMOGA IBADAH KORBAN KITA DIBERKATI ALLAH. AMIN~
Assalamualaikum..
Ini bahagian kedua yang dijanjikan..
Fuhhhhhh... hangat jugak part 1 tu, ek?
Hehehehehehe..
Bahagian kedua ni, memang nak cerita tentang seorang pemimpin yang patut dicontohi.
Dan kalau lah ditakdirkan 'anak-anak' miss_tree nak jugak menceburi bidang politik, maka keperibadian pemimpin ini harus dijadikan panduan.
Bukan sekadar dihormati dan disayangi rakyat.. malah bolehlah dikatakan beliau satu dalam sejuta.
Ermmm.. secara ikhlas..bila perancangan bahagian kedua ni dilakukan, seorang pemimpin negara luar bermain di minda miss_tree.
Siapa?
Beliau adalah Presiden negara Iran, Ahmadinejad yang begitu tegas dalam kepimpinannya memartabatkan Islam serta tidak tunduk dengan tekanan Barat.
Tapi, bila difikir-fikirkan balik, negara ini sendiri punya seorang pemimpin, yang bagi miss_tree, sama istimewanya dengan Ahmadinejad.
Siapakah beliau yang miss_tree maksudkan, harapnya kalian tidak susah untuk memikirkannya.
Cukuplah miss_tree katakan bahawa apa yang bakal diungkapkan di bawah adalah yang benar-benar belaka.
;)
- Beliau tidak tinggal di kediaman rasmi yang disediakan kerajaan. Pernah niatnya disalahertikan, kononnya tujuan beliau menolak tinggal di situ kerana inginkan elaun sewa rumah. Tuduhan itu bagaimanapun berjaya ditepis bila tidak sesen pun diambilnya elaun itu.
- Rumahnya hanya di kawasan kampung. Tidak berpagar dan berpengawal keselamatan seperti yang selayaknya untuk jawatan yang dipegang. Malahan, tanah miliknya yang berhampiran rumah, dibina sebuah masjid untuk kegunaan ramai dan sebuah sekolah.
- Apabila menjawat jawatannya sekarang, pernah dipelawa oleh JKR untuk membuat tar di jalan kawasan rumah, masjid dan sekolah tu. Tapi beliau menolak dengan alasan semua tu boleh dilakukan dengan sumbangan para dermawan yang ikhlas ingin membantu. Alhamdulillah, seminggu selepas itu kutipan mencukupi untuk mengelokkan kawasan itu yang menjadi kegunaan orang ramai.
- Pernah beliau diberikan lauk berbuka puasa oleh seorang wanita, yang hanya diisi dalam plastik [yang kita dapat bila beli barang di kedai runcit tu..], bukan dalam bekas yang berjenama, tapi beliau menerimanya dengan penuh syukur.
- Andai dijemput ke apa-apa majlis, waima yang menjemputnya hanya orang kampung, andai tidak berselisih dengan jadual rasminya, beliau akan hadir tanpa perlu layanan istimewa.
- Gaji bulanannya dipotong separuh atas permintaannya sendiri.. yakni beliau menerima hanya separuh daripada yang sepatutnya, tapi merasakan itu lebih dari cukup..
- Terbaru, kediaman rasminya dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir. Dan ini bukan yang pertama kali.
Nah... secara jujurnya, pemimpin sebegini yang bagi miss_tree, patut dicontohi.
Walaupun kadang-kadang kata-katanya selalu disalah ertikan, tapi bagi miss_tree beliau seorang yang berhemat tinggi dan sangat dihormati.
Auranya sebagai pemimpin yang disegani, tiada tolok bandingnya.
'Perginya' nanti entah ada yang dapat mengekalkan kredibiliti sehebat beliau.
Kalau hendak meneka siapa yang miss_tree maksudkan, sila lah..
:)
Wassalam.



14 comments:
salute untuk ahmadinejad!
er, saya tak tau siapakah gerangan orang yang dimaksudkan, tapi kalau begitu lah perwatakannya, dia patut diberi tabik juga! salute!
erkk cakap je la sape.. :P
Sebab 'Ketaksuban' rakyat negeri itu membuatkan UMNO tidak boleh menang.
p/s- Ketaksuban itu merujuk kepada rasa hormat yang sgt tinggi.
Teruskan perjuangan.
Allahu Akbar.
ahaa!..sy sangat kenal pemimpin ini..dan segala apa yg miss_tree ceritakan itu mmg benar belaka..orangnya sangat sederhana dalam segala aspek..sangat cool orangnya..:)
Che MISS_TREE semakin byk entri yang berunsur2 begini.
Dah mula kempen ker?
Saya tahu ada 2 bulan lagi jer lagi nak election.
Awal ek kempen.
Pegawai SPR mana yang pecah lobang nie?
Tabik tabik :)
emm..
SAYA pun respect pemimpin yg cik miss tree maksudkan..(kalau SAYA tak salah teka laa...)
tapi malangnya...org bawahan dia yg buat tak elok...tak suka laa...
boleh tak SAYA undi dia jer..bukan parti dia atau anak2 buah dia...emm..?
rase2 mcm mb kelantan... ye ke? :)
sy pun setuju gan ape yg GORO tulis 2..inilah first time sy dgr fakta ttgnya..mmg sy sgt kagum gan sifat2 yg di tunjukkan nya..maka btl la ape yg dikata seiring gan ape yg dibuat..
bkn la spt sesetengah ORG 2, heboh b'cakap psl ISLAM tp bila tgk diri, isteri, anak menantu sendri, langsung xmencerminkan ape yg di kata..
******SELAMAT HARI RAYA AIDLADHA UTK MISS TREE N FAMILY**********
Untuk semua..
Hehehehhe..nampaknya ada yang tahu siapa yg miss_tree maksudkan..
Alhamdulillah. Itu seakan membawa maksud kepimpinannya yang memang terbilang dan diketahui ramai.
Miss_tree sangat menghormati beliau.
Justeru itu tidak dapat membayangkan bila beliau 'turun takhta' nanti.
Tapi Alhamdulillah, barisan kepimpinan muda peringkat negeri yang menjadi 'protege' beliau, prestasi mereka agak membanggakan.
Seringkali juga pemimpin2 muda ni menggantikan tempat beliau memberikan ceramah agama setiap Jumaat.
Tentang siapa yg Cik Bintang maksudkan, miss_tree kurang pasti.
Tapi, tentu sahajalah kan, dalam banyak2 tentu ada sahaja yg 'slack'.
But we hope for the best lah.
Bukan niat nak "melobi" mana-mana parti politik, kerana itu hak individu apabila tibanya pilihan raya nanti.
Secara peribadi,miss_tree suka membaca tentang isu politik.. dan kadang kala membincangkan topik berkaitan dengan rakan-rakan.
Tapi itu sahajalah.. mungkin KETERUJAAN nak mengundi tu buat miss_tree lebih menjurus pada topik sebegini sekarang.
Che G O R O jgn buat spekulasi,ok? ;p
Hehehehehhehe..
adeshh,
bru prasan ade unsur2 politik gak,
org kuat tutttt ke?
huhuhu..
nano tahu sape yg dimaksudkan tu,
itupon lps bace artikel ttg kediamannye yg dijadikan pusat pemindahan banjir tu..
:)
kadang2 kebaikan yg kte nak buat laen yg diphmkan org.
selamat ari raye cik pokok ;)
tak sabar nak mengundi. Ni kali kedua akak mengundi tau!
(psst...nnti boleh jumpa rakan2 lama..mcm majlis reunion lah)
yer..saya jg kagum dengan ahmadinejad
dan selamat hari raya untuk miss tree!!
Post a Comment