Wednesday, September 24

boring,tapi jujur.

minggu lepas, atas tuntutan kerja, aku dan rakan ke Hotel Impian Morib di Banting untuk satu mesyuarat. seminggu kami di sana, bersama² rakan-rakan guru dari seluruh malaysia [kecuali dari negri sembilan +kelantan].. kami berkumpul untuk sama² berbincang tentang isu yang sedang hangat juga diperkatakan sekarang ni, iaitu tentang penggunaan english dalam subjek sains+matematik. tiada keputusan yang dibuat di akhir mesyuarat selama lima hari itu. ini kerana kami sekadar menyatakan pendapat dan cadangan untuk penambahbaikan program yang berkaitan.

kenapa chegu² english dipanggil? sebelum aku teruskan, sedikit penjelasan perlu di sini. para guru sains+matematik sebenarnya telah diberi satu insentif dari segi kelas bimbingan bahasa inggeris [selain insentif 10% kerana mengajar subjek² ni dalam english]. kelas ini melibatkan kami, chegu² english yang ditugaskan untuk membantu chegu² sains+maths ni menambahbaik penguasaan english mereka. jadi, topik perbincangan kami sepanjang mesyuarat hari tu banyak berkisar tentang bagaimana cara hendak memperkasakan lagi kelas² bimbingan ni.


secara umumnya, aku rasa, kalau ditanya sesiapa sahaja tentang pelaksanaan program ETEMS [english for teaching mathematics and science], rata-rata tak setuju etems ni diteruskan. aku tak salahkan mereka, kerana memang ada kontranya bila etems ini dilaksanakan. tapi perlu juga diingat, kesan baik pun kita akan dapat lihat. cuma bukan dalam jangka masa terdekat. apa-apa pun perubahan yang kita buat, perlu masa untuk kita lihat kesannya. jangan cepat melatah. cepat terpengaruh dengan sesuatu yang realitinya kita sendiri tidak ketahui.

bagi aku, secara peribadi, etems ni boleh kalau hendak diteruskan. BOLEH, selagi ada usaha yang jitu dari semua pihak untuk menjayakannya. semua pihak, tak kira guru, ibu bapa, pihak sekolah, pemerintah dan sesiapa sahaja yang berkaitan. aku pun tak faham, apa kejadahnya orang politik nak sibuk² tentang isu ni. tak kisah dari pihak pembangkang atau penyokong kerajaan. semuanya bagi aku TAK PERLU sibuk menghentam program ni kerana mereka tak berada di sekolah atau di rumah bersama murid² ni dan melihat bagaimana ianya dilaksanakan.

tapi aku akui, SEBELUM pelaksanaan etems ni, tiada kajian terperinci dibuat. sepatutnya, program ini dilakukan di beberapa pilot schools dulu. pilih secara rawak sekolah bandar, luar bandar, pedalaman untuk laksanakan program ni. kemudian ambil data dan memantau untuk lihat keberkesanan program ni. kalau positif, maka laksanakan. begitu lah juga kalau sebaliknya. ini tak, program dibuat secara TIBA-TIBA. dan setelah berbilion² peruntukan habis, baru nak kata etems ni tak membantu? pelajar tak dapat ikuti pengajaran? peratus menurun? penguasaan dalam subjek berkurangan?


bayangkan senario ni. seorang chegu pakar matematik..yang dah berbelas atau berpuluh tahun mengajar matematik..murid-murid yang diajar pun cemerlang dalam matematik. cuma, pengajarannya dalam bahasa malaysia. dengan tiba², chegu tu diarahkan mengajar subjek itu dalam bahasa asing. siapa yang boleh lakukan dalam masa yang singkat? cukupkah dengan kursus selama sebulan? tambahan pulak kalau chegu tu dah pun berumur. orang yang dah berumur, siapa pun lah, chegu ke, doktor ke, tukang kebun ke.. boleh ke nak serap banyak² ilmu yang baru?

jujurnya, aku nampak ketidakbagusan [ada ke perkataan ni??] program ni. tapi kita perlu pandang ke hadapan. move on. apa yang kurang kita baiki. buat apa nak berundur? kita perlu bertanggung jawab akan apa yang telas kita putuskan. perlu buktikan yang kita mampu realisasikan apa yang kita impikan dulu. keputusan upsr semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran akan keberkesanan program ni. banyak lagi aspek yang perlu dilihat. selagi kita ada kesungguhan, semua pun akan jadi kenyataan, insyaAllah.

ini entry boring. tapi ini jujur dari aku.

Tuesday, September 23

setelah sekian lama

benar bak kata che aisar.. bukan setakat bersawang dah blog aku ni.. kalau rumah, agaknya, dah nak roboh pun.. huhu..kesian lah pulak tengokkan blog ni. aku anak tiri kan. atau lupakan setelah sekian lama. bukan lah di anak tirikan, sebab primary blog aku pun baru minggu ni aktif di update kan. jadi, sudah masanya aku rasa.. untuk "cikpokok" kembali aktif di persada blog ini. chewah.

kalau ada tertanya.. kalau ada lah.. miss_tree selama ni ada je. sentiasa melayari internet. cumanya bukan blog sendiri atau blog rakan-rakan yang dikunjungi. cuma singgah untuk membaca dan membalas email, check facebook, bayar bills di cimbclicks dan download-mendownload lagu.

miss_tree patah hati dengan dunia blog pada masa tu. patah hati??? betul ke simpulan bahasa tu? patah hati/berjauh hati bukan sebab apa pun. PERHATIAN yang terlebih-lebih pulak diberi pada bloggers. sampai ada sekali tu, tiap-tiap hari aku dengar blogger kena tangkap.. kena siasat.. kena tahan di lokap.. isa dan sebagainya. aku naik jelak masa tu. seolah-olahnya blogosfera ni satu tempat untuk orang yang tak puas hati sahaja melepaskan geram/perasaan.

dah bertahun-tahun aku berblog. sejak dari zaman myspace belum pun popular lagi. 'zaman' tu, bloggers pun belum ramai. dan memang blog seolah diary bagi pemiliknya. tapi zaman pun berubah. apa yang aku anggap sebagai positif pada mulanya, mula menunjukkan riak tak eloknya. dah rasa TERKONGKONG untuk menulis semahunya.

semua yang berlaku, ada baik dan buruknya. tapi yang paling penting bagi aku adalah kebebasan untuk menyampaikan pendapat itu penting. kadangkala, bila seorang blogger cuba nak menyampaikan pendapat dia, dan pendapat itu bukan yang ingin 'didengari' oleh pihak yang lain, maka dia dikata mengancam keselamatan dan sebagainya. haiiiiii.. bagi aku semua orang patut muhasabah. mana-mana pihak pun. jangan fikir sesuatu perkara tu dari satu segi sahaja.

selain 'merajuk' dengan layanan yang diberi terhadap blogosfera ni, sebelum ni aku juga sibuk memenuhi tuntutan kerja. murid-murid nak upsr masa tu. banyak kelas, kelas tambahan dan sebagainya. pulak tu, kerja-kerja pengurusan data sekolah pun deme letak atas bahu aku.. dek kerana miss_tree ni "hebat" sangat mengatur masa, maka blogs terpaksalah dilupakan buat sementara.

dua minggu kebelakangan ni baru lah rasa lega sikit. bila anak-anak dah habis exam ni, chegu nya pun lega. harapnya results nanti power lah. dan negeri tempat miss_tree menyumbang bakti ni kekal yang teratas di seluruh negara. aminnnnnn.

okay, sudah mahu pulang.