Monday, December 24

Akhir

Assalamualaikum.

Rasanya, dalam seminggu ni miss_tree akan berhenti blogging buat sementara.
Jadi,ini akan menjadi entry terakhir untuk 2007.
Bukan apa, sepanjang cuti ni dah susahkan kakak, sebab guna laptop dia..
[sendiri punya dah rosak.. huhuhuhuhu..tahun depan baru timbang² nak beli baru..]
So, nak pulangkan laptop dia lah ni.. jadinya, nak berblogging tu susah la sikit.

InsyaAllah, 1 Januari aku akan ke sekolah untuk meeting guru kali pertama untuk 2008 dan juga pendaftaran murid-murid.
Sekolah akan dibuka keesokan harinya [2 Januari 2008]..
Entah apa lah tugas yang menanti tahun depan.. sigh~

81 entries dari hari pertama blog ni dicipta iaitu pada 14 Mei [harijadiku..].
Not bad lah, sebab nak kata blogger tegar pun, aku tak mampu nak blog hari-hari.
Tapi apa yang buat aku happy adalah peluang untuk 'berkenalan' dengan ramai bloggers yang boleh dianggap sebagai kawan maya yang terbaik!
Sepanjang berblog di ♥ my utmost sincere self ♥ ni, banyak pengetahuan yang aku timba hasil pengalaman menarik kalian semua serta segala nasihat yang diberi.

Ermmmm..kepada semua yang membaca, diucapkan..

"Selamat Tahun Baru 2008"

Semoga tahun baru akan membawa sinar kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan kita semua, insyaAllah.

Jumpa tahun depan,ok!
Apa-apa hal, sila email miss_tree di:

cikpokok@yahoo.com

Wassalam.

Tuesday, December 18

Cita² [part 2]

SALAM EID-UL-ADHA KEPADA SEMUA PEMBACA

♥ my utmost sincere self ♥

SEMOGA IBADAH KORBAN KITA DIBERKATI ALLAH. AMIN~

Assalamualaikum..
Ini bahagian kedua yang dijanjikan..
Fuhhhhhh... hangat jugak part 1 tu, ek?
Hehehehehehe..

Bahagian kedua ni, memang nak cerita tentang seorang pemimpin yang patut dicontohi.
Dan kalau lah ditakdirkan 'anak-anak' miss_tree nak jugak menceburi bidang politik, maka keperibadian pemimpin ini harus dijadikan panduan.
Bukan sekadar dihormati dan disayangi rakyat.. malah bolehlah dikatakan beliau satu dalam sejuta.

Ermmm.. secara ikhlas..bila perancangan bahagian kedua ni dilakukan, seorang pemimpin negara luar bermain di minda miss_tree.
Siapa?
Beliau adalah Presiden negara Iran, Ahmadinejad yang begitu tegas dalam kepimpinannya memartabatkan Islam serta tidak tunduk dengan tekanan Barat.
Tapi, bila difikir-fikirkan balik, negara ini sendiri punya seorang pemimpin, yang bagi miss_tree, sama istimewanya dengan Ahmadinejad.

Siapakah beliau yang miss_tree maksudkan, harapnya kalian tidak susah untuk memikirkannya.
Cukuplah miss_tree katakan bahawa apa yang bakal diungkapkan di bawah adalah yang benar-benar belaka.
;)

  • Beliau tidak tinggal di kediaman rasmi yang disediakan kerajaan. Pernah niatnya disalahertikan, kononnya tujuan beliau menolak tinggal di situ kerana inginkan elaun sewa rumah. Tuduhan itu bagaimanapun berjaya ditepis bila tidak sesen pun diambilnya elaun itu.
  • Rumahnya hanya di kawasan kampung. Tidak berpagar dan berpengawal keselamatan seperti yang selayaknya untuk jawatan yang dipegang. Malahan, tanah miliknya yang berhampiran rumah, dibina sebuah masjid untuk kegunaan ramai dan sebuah sekolah.
  • Apabila menjawat jawatannya sekarang, pernah dipelawa oleh JKR untuk membuat tar di jalan kawasan rumah, masjid dan sekolah tu. Tapi beliau menolak dengan alasan semua tu boleh dilakukan dengan sumbangan para dermawan yang ikhlas ingin membantu. Alhamdulillah, seminggu selepas itu kutipan mencukupi untuk mengelokkan kawasan itu yang menjadi kegunaan orang ramai.
  • Pernah beliau diberikan lauk berbuka puasa oleh seorang wanita, yang hanya diisi dalam plastik [yang kita dapat bila beli barang di kedai runcit tu..], bukan dalam bekas yang berjenama, tapi beliau menerimanya dengan penuh syukur.
  • Andai dijemput ke apa-apa majlis, waima yang menjemputnya hanya orang kampung, andai tidak berselisih dengan jadual rasminya, beliau akan hadir tanpa perlu layanan istimewa.
  • Gaji bulanannya dipotong separuh atas permintaannya sendiri.. yakni beliau menerima hanya separuh daripada yang sepatutnya, tapi merasakan itu lebih dari cukup..
  • Terbaru, kediaman rasminya dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir. Dan ini bukan yang pertama kali.

Nah... secara jujurnya, pemimpin sebegini yang bagi miss_tree, patut dicontohi.
Walaupun kadang-kadang kata-katanya selalu disalah ertikan, tapi bagi miss_tree beliau seorang yang berhemat tinggi dan sangat dihormati.
Auranya sebagai pemimpin yang disegani, tiada tolok bandingnya.
'Perginya' nanti entah ada yang dapat mengekalkan kredibiliti sehebat beliau.

Kalau hendak meneka siapa yang miss_tree maksudkan, sila lah..
:)

Wassalam.