Monday, May 21

Lemah

Assalamualaikum.
Hari ni aku rasa lemah sangat. Penat.
Bukannya ada buat apa pon semalam, just ada adhoc meeting je.
Tu pon tak lama.. yang buat jadi lama tu sbb aku sambung gossip ngan chegu sekolah lain.
Hehehehe.. [mesti korang pikir chegu² ni suka gossip kan?? bukan chegu je tau.. kawan² aku yang lawyer, doktor, engineer pon xleh resist kalu bab² gossip ni..]

Sampai rumah lewat petang, xde pulak aku tidur.
Lepak tgk tv, sampai malam pon tgk tv.
Bila bestfriend aku call malam tadi, citer pasal masalah dia, aku rasa mata aku fresh sangat lepas tu.
Last² aku PAKSA DIRI tidur dalam pukul 1.30 pagi.
Paksa tak paksa, berapa saat je kot guling² atas katil, pastu terus out!

Bangun pagi macam biasa, Bilal azan kat masjid tu aku akan terjaga.
Cumanya, aku ambik masa 15 minit nak sampai ke bilik air yang berapa cm je dr bilik aku.
Pagi tadi tak laa sejuk sangat, mandi pun air ala² suam kuku.
Siap mandi, tertidur. Sampai la housemate aku kejut pukul 7.00 pagi.
Hehehehe.. [eloknya perangai kan??]

Sampai sekolah, kena jaga exam.
Ini yang paling aku bosan.. Ikut nafsu, nak je aku jadi mcm P.Ramlee dalam citer Masam² Manis tu.. [eh, betul ke felem tu? yang ada Chegu Shaari tu..aku tak minat sgt felem klasik ni..]
Tidur dalam kelas. Tapi control ayu laa, takkan nak tidur kot.
Nasib baik pagi tadi exam Matematik.. sempat aku gelakkan jawapan anak² murid aku.
[Jahat ekk?? Saje nak hilangkan ngantok. Tp lepas dah hantar paper, aku discuss ngan diorang soalan yang susah tu..]

Bila habis turn jaga exam, kerja datang bertubi-tubi..
Al-maklum esok ada Hari PIBG.
Aku seperti biasa kena buat buku aturcara.. cukup bosan, tp asal tak leceh, aku ok je..
Tp datang pulak chegu lain mintak aku beli kotak hadiah laa, paper bag laa..
Adoiiiiiii, bosan tu..

Sebelum aku publish, sorry laa entry ni bosan.
Baca pasal hidup orang yang bosan memang laa..
Tak terbuka hati lagi nak tulis pasal hal² lain yang dah lama aku plan.
Maybe next time.

Encik Kamarul dan Nezjoe: terima kasih kerana meramaikan majlis.

7 comments:

Anonymous said...

cikgu miss tree, ur welkam. and thanks kerana meramaikan majlis di blog sy juga. :)

ohh..ada history dgn org bernama kamarul ya? menarik ni! :P

p/s: masa di sekolah dulu, sy paling tak gemar subjek matematik! huhuhu...

pjoe said...

ya..seperti kamarul (yg nama dia intriguing tu :D ) .. you are welcome. Terima kasih juga sudi masuk ke blog merapu tuan hamba tu.

p/s - dapat dload lagu tu. Register je akaun multiply.. Saya masa sekolah dulu suka Bahasa Inggeris n matematik. Bahasa Melayu juga!

13may said...

jom pi minum!!!!

kita minum minuman kuat...

ahhahahahha...

oh ya!
13may & sunan...bukan org yg sama yea...

harap maklum:)

Nur Hafiza Hasan said...

Kamarul:
Sama-sama.
Hihihihi..history dengan org yg nama Kamarul.
Boleh ke ckp history?
Sampai skrg dok ada dlm kepala.
La la la~

p/s:Maths best, tp Add Maths tak!!
***

Nezjoe:
Hihihihi..bila ditanya oleh seorang rakan apa nama kegemaran saya, saya jawab "Kamarul".
Tah, ada 'something' dengan nama tu.
Lagu Rivermaya belom dload lagi.
InsyaAllah petang ni bila dah settle kerja.
Oh, saya mengajar di timur semenanjung.
Adik mengajar di mana?

p/s: Saya paling suka English! Dan French. [Memang minat bahasa..]
***

13May:
Minum?? Minuman kuat??
Td pagi dah minum P'erl Cafe Kacip Fatimah.
Kuang-kuang-kuang~

Ok, orang lain-lain.
Faham, bos!

ILA said...

CIKGUUUUUU!!!!
TAK MO MALAS2!!!!
BULAN JULY NIE, GAJI NAIK 25%!!!!
AT LES BAGI SEMANGAT KAT KORANG!!!!

WARNING:X MO MALAS2!!!!OKEY!!!!:D

13may said...

naik gaji???

ehem ehem;)

Sunan_Jati said...

hellop....