Luah~
Assalamualaikum and good morning.
Hajatnya pagi ni nak check email dan comments dalam blog-blog aku je.
Tapi tah laa, tiba2 rasa mcm nak update pulak.
Dalam kepala takde isu berbangkit pun, cuma dok ingat kertas2 periksa students yg belum habis check lagi tu.
Hari ni kena kerja keras laa nampaknya, since Ahad aku dah start sekolah balik.
Diam tak diam, cuti 2 minggu dah nak habis.
Tak rasa pun sebenarnya sebab I've been busy the whole time.
Especially dengan majlis kahwin kawan baik aku Cik Puan A tu.
Hrmmmm, sebut pasal A ni.. tiba2 aku rasa rindu dekat dia.
Semalam siap termimpi pasal dia and husband dia..
[jangan ingat aku lesbian pulak!]
Kenapa rindu?
Entah, tapi aku rasa macam kitorang dah jadi close sangat sejak 3-4 bulan kebelakangan ni.
Since majlis tunang dia laa agaknya.
And then bila A ada masalah, dia selalu contact aku dan share problems dia.
Seperti biasa aku lah pendengar setia dan dalam situasi tertentu, penasihat terhormat.
Kitorang ketawa bersama, menangis bersama.
[By now aku rasa dia dah sampai di Segamat untuk kenduri belah husband dia. Semoga segalanya berjalan lancar.]
Bukan aku tak happy dia kahwin, in fact aku rasa sangat happy.
Nak2 bila husband dia tu memang lah calon idaman semua mertua.
Ada rupa, kerjaya, bertanggung jawab, sopan, baik hati..
Bak kata orang lelaki Melayu terakhir lah kiranya. [spesis yang hampir dilanda kepupusan.. oppps!!]
Chewah!
Tapi biasa lah, bila seorang perempuan menjadi isteri, priority nya akan berubah.
Suami harus didahulu kan.
And then kalau dulu ada family sendiri je, skrg dah kena fikir pasal mertua pulak.
Dan aku sebagai kawan harus faham dan mengerti.
Kami tak boleh nak hang out macam dulu2 lagi.
Nak calling2 pun kena ada had, orang dah berkeluarga.
Jadi, bila aku dan a few friends menangis masa Cik Puan A kahwin hari tu, aku rasa because of this lah.
Kitorang macam rasa hilang a part of her.
We have always been so close since school, every time raya sure buat tour ke rumah setiap orang.
Memang ni realiti hidup yang perlu kitorang accept, tapi deep down, walau sematang mana pun kitorang ni sekarang, tetap ada sifat 'kebudak-budakan' yang terserlah tiap kali kitorang hang out bersama.
In short maksud aku, umur dah meningkat, tapi perangai bila dah berkumpul tu, mcm kanak-kanak.
Hihihihihihihi.
Bahagia tengok orang dah berkahwin dan ada someone di sisi.
Cemburu pun ada jugak, bila tengok CINTA yang terpancar di mata kedua-duanya masa majlis akad malam tu.
Serious, aku macam dapat rasa betapa diorang sayang each other.
Dan itu lah jugak yang buat aku a bit jealous.
Pengantin sama cantik, sama padan.
Dua-dua baik dan disayangi rakan-rakan.
Hihihihihihihi.. bila laa lagi turn aku?
Wassalam..



8 comments:
salam,
huhuhu sedih aku dengan crita ni.
aku pun dah rasa mcm ni,semua kawan sebaya aku dah hilang denga komitment family masing2.nasib baik ada jinggo dan tegezoot buat penawar boring.hahahahaha
salam
memang musim orang kahwin kan sekarang ni.
Itulah transisi hidup yang kita kena hadap. Jadi sabar la ya! Jgn sedih2.
Suatu masa
Ia Pasti muncul
Buat Kamu dan Juga Aku
p/s-saya mahu link kamu..Bole?
cikgu...
meh 13may tolong semak kertas jawapan buleh???
hahha...
Che Butaseni,
Paham ekk?
Tp somehow saya rasa kalau lelaki ni lain kot sikit.
Sbb perempuan bila dah kahwin agak terhad sikit aktiviti dia.
Tak ke gitu?
Oh, ada kawan lagi yang teman?
Sama2 nak kawin 2014??
Hihihihihi..
***
Che Joe,
Betul..tp yang ni laa majlis kahwin yg saya betul2 involved in.
Sbb tu laa feeling dia lain sikit.
Biasa laa, perempuan kan sensitif?
La la la..
***
Che Goro,
Bila laa agaknya, ekk?
Masaelahnya colan-colannya pun saya tak jumpa lagi..
Huuhuhuhu..
Oh, sila lah link..takde masalah.
Saya dah letak link Che Goro tak mintak permission pon.
Hehehehehe..
***
Che 13May,
Pucuk dicita ulam mendatang!
Kalau laa che 13May dekat, saya bawak satu kotak tu..
Cuma soalan objektif je..
Senang je kalau nak tolong.
Hihihihihi..
hahaha masih ada yg teman aku.....sorang senasib yang sorang lagi dah kawin tapi bini dia sporting gila memang sekepala,boleh lepak skali.diorang tu lah teman2 ku skarang.huhuhu
Bak kata orang lelaki Melayu terakhir lah kiranya. [spesis yang hampir dilanda kepupusan.. oppps!!]
cukup sutuju! ngehngehngehngeh
miss_tree, kite pon cam nk kawin gak. tp xde duittt
wuuuu~
Ilynn dearest,
Takpe laa awak tu dah ada calon..
Bila-bila pun takpe.
Huhuhuhu..
Apa pun, budget elok² utk majlis nanti.
Buat sekadar mampu.
Chewah!!!
Macam mak nenek bagi nasihat..
Post a Comment