Friday, July 13

Tolong!

Assalamualaikum.

Aku nak mintak tolong pada semua..
Tolong beri pendapat pada permasalahan yang bakal aku utarakan selepas ni.
Aku memang tak tahu nak buat macam mana lagi.
Entry ni maybe akan panjang, so please bear with me ok?
Sebelum korang suspect apa², masalah ni bukan pasal aku.
Cumanya aku ada kaitan secara tak langsung.
Please baca and give me your opinion~

***

Aku ada sorang housemate. Umurnya muda setahun dari aku. Posting setahun selepas aku. Chegu juga, dan mengajar di sekolah yang sama dengan aku.
Masa dia baru posting, aku dapat tahu yang dia dah bertunang. Since kat maktab lagi.. Tercabar jugak aku mulanya, budak yang muda dari aku pun dah ada plan nak kawen.. [hehehe..iklan sekejap!]
Aku suka budak ni..boleh dikatakan sekepala.. Duduk serumah dgn dia pun takde buat hal.. Meh kita bagi nama samaran kat dia.. Nama canggih ke glamer? Laila boleh? [sbb aku suka guna nama ni bila buat contoh ayat kat anak² murid..x tau kenapa~]
Apa yang aku perasan spjg lebih kurang setahun ktrg dok sama, Laila and tunang dia ni x mcm org berchenta pun.. Call x smp seminit.. Tunang dia tu pulak asyik kerjaaaaaaaa je memanjang. Memang x nmpk dia manjakan Laila tu.

Nak dipendekkan cerita sikit, bulan Mac tahun ni Laila bagitau aku yang dia dah putus tunang. [tahun ni masuk tahun ke3 drg tunang].. Laila yang mintak putus, sbb tunang dia mintak tangguh lagi majlis yang patutnya berlangsung Jun hari tu. Dalam kes ni aku tak salahkan Laila, sbb tunang dia tu bagi aku, memang tak caring langsung.
Nasib Laila baik, sbb dia ada kenal sorang chegu [lelaki] yang dia boleh berkongsi masalah. Chegu ni lah yang byk bagi nasihat kat Laila..Kita bagi nama karakter chegu ni Amer ok? [sbb aku suka nama ni..:)]
Dalam Laila dok bermuram durja tu, muncul lah hero Hindustan merangkap Pak Guard[PG] sekolah aku. Hero Hindustan ni bukan ala-ala Padaiyappa tau, tp boleh lah dikatakan ala-ala Akshaye Khanna gitu.. Nak kata hensem tu, xde laa mana, tapi rupa tu ada laa.. And umur pun dalam lewat 20-an. Muda laa lagi kiranya kan?

Nak dijadikan cerita, PG ni dengan selamba badaknya telah meluahkan perasaan kepada Laila di stesen minyak yang tengah buat peraduan "Saya Anak Malaysia" yang aku tak tahu nak siapkan slogan tu. PG tu pegi ke tingkap kereta Laila and kata, "Chegu, saya rasa saya ada jodoh dengan chegu."
Romantik korang kata?? Ke mcm orang tak betul?? Bagi aku dan housemate lagi sorang, yang last tu lagi betul. I mean come on laa.. ni bukan cerita Ali Setan ok? And dia bukan nak masuk peraduan dekat radio yang lebih hangat daripada radio lain tu. [peraduan cara paling romantik nak meluahkan perasaan. serius ok? try korang dgr radio tu..~ errr, Che Amar,Che Joe sekalian yg sedang berchenta boleh laa masuk..heheh.. iklan lagi!!]

2-3 hari lepas tu, aku dan Laila bergilir kena jadi warden di Kem UPSR. Malam yang Laila on duty tu, dia bagitau aku yang dia akan jumpa PG tu. Aku pun ok je lah, biar Laila kenal hati budi PG tu..Elok ke tak.. Oh, sblm tu PG tu mmg GALAK berSMS ngan Laila. SMS²nya MasyaAllah, muntah hijau aku baca.. Korang jgn salah faham, bukan aku jeles..Tapi bahasa yang berbunga amat.. Goli den baco!!
So, malam tu berjumpa lah diorang. Dan bila perjumpaan itu berakhir, Laila msg aku. Katanya dia percaya dgn luahan hati PG tu kat dia.. dia terharu dan segala-galanya.. Dan Laila tanpa segan silu membandingkan PG tu dgn Amer. Kata Laila, Amer tak reti nak luahkan rasa sayang dia kat Laila. Tak mcm PG. Dgn PG Laila rasa disayangi.

Masa tu aku beristighfar. Apa dah jadi dgn adik aku Laila ni?? Baru kenal PG tu 2-3 hari dah percaya bulat-bulat. Dan Amer yang sentiasa ada di kala dia susah, terus di buang. Tapi aku simpan je apa yang aku rasa ni.. Aku bagitau Laila, bila dia balik pagi esoknya, ceritalah semua dekat aku..
Ini ke yang dikata kan rebound? Mungkin Laila yang baru kehilangan cinta ni berasa yang dia perlu cepat² cari pengganti. Hati yang terluka perlu cepat dibalut.. Dalam kes ni aku faham tindakan Amer.. Sebagai org terpelajar dan berhemah, takkan lah dia terus nak confess kan di saat org masih lagi bersedih. Mungkin Amer ni rasa Laila perlu masa utk relax.

Esoknya, Laila pulang dgn wajah berseri-seri.. Berceritalah dia kepada aku over breakfast. Katanya PG dulu duduk di KL, semua kereta pernah pakai..Perdana laa..Honda laa.. Tp bila blk kampung blk, dia tukar pakai Wira..[2nd hand..] Ok..'macam hebat'.. Aku diam, dan terus mendengar..
Kata Laila, PG ni byk simpanan.. Buat rumah utk mak ayah dia 20-30k tak buat loan pun. Aku senyap lagi.. Apa rasionalnya cerita-cerita mcm ni di awal perkenalan?
Dan yang paling aku tak tahan..kata Laila, PG memberitahunya bahawa dia lah yang men'design' rumah PM, sbb dulu dia seorang assistant architect. Cuba korang fikir ekk, kalau korang dah ada kerja bagus mcm tu...siap boleh design rumah PM lagi, korang nak ke berenti kerja and balik kampung jd JAGA? Aku dah mula tak percaya dgn PG ni.

Banyak lah lagi cerita dari PG tu yang menunjukkan dia tu hebat sgt. Aku hanya mampu menggeleng. Kata aku pada Laila, jangan mudah percaya.. Orang tu kita baru kenal..
Tapi Laila agaknya dah tetap pendiriannya, PG di backing sehabis-habisnya. Aku ingatkan korang semua ok, Laila kawan aku tu chegu yang waras akalnya, dan seawal perkenalan ktrg aku rasa dia sgt matang dari umurnya.
Tapi, dek penangan PG ni Laila jadi lemah. Balik rumah mlm-mlm.. Sblm ni takde pun mcm tu.. Bila dia ke kursus 2-3 hari, keretanya dia tinggalkan kepada PG tu.. Merondalah PG tu ke serata alam dgn kereta Laila dengan bangganya. Time tu aku memang dah tak nampak batang hidung Wira PG tu.
Versi Laila, kawan PG tu pinjam kereta dia.. [logik ke kwn pinjam kereta smp 1-2 bulan??].. Cerita versi orang kampung keliling rumah PG tu pulak, ada org tarik kereta dia tengah-tengah malam. So, mana yang patut aku percaya?? Kalau orang, versi mana yang korang percaya?

Utk pengetahuan korang, lepas Laila tahu aku+housemate lagi sorang tak berapa setuju dia kawan dgn PG tu, dia memang tak pernah cerita apa-apa kat ktrg. Cerita-cerita yang aku tahu ni melalui staf yang Laila baik dan rapat sangat.
Through kakak tu, aku dapat tau yang Laila happy sbb PG ni kalau jalan je mesti peluk pinggang. Kalau dok dlm kereta, tangan mesti berpegangan jugak.. Agaknya itu yang Laila nak selama ni, tapi tak dapat dari tunang dia. Astaghfirullahal azimm.. Kalau ambik gambar, lentok lah..siap peluk semua.. Mcm mana aku tahu? Laila dengan tak profesionalnya telah save gambar aksi dia+PG tu dlm laptop sekolah yg hak org ramai tu.. Maka ramailah kalangan chegu di sekolah aku yg nengoknya... Sigh~ [mase ni PG dh berenti jadi JAGA skolah ktrg..and he's jobless!!]

Akhir sekali, perkara yang PALING AKU TAKUTKAN berlaku.. [korang jangan imagine lebih-lebih ok??].. Isnin lepas, aku nampak Laila hulur borang Bank Rakyat kat Guru Besar aku. Mintak GB aku buat pengesahan dsbnya. Aku tanya dia nak buat apa loan? Dia senyum je.. Aku provoke lagi.. Nak kahwin ke? Laila menafikan.. And then aku tanya berapa nak pjm.. Dia jwb tak tahu lagi.. [Apa hal kan?? Kalau dh siap isi borang x kan tak tau nak pjm brapa???]
Melalui akak caring tu aku dapat tahu yang Laila cuba nak pjm 100k!!! Tapi tak layak, sbb gaji dia baru berapa je and dia belum sah jawatan lagi.. Aku beristighfar panjang. Kata akak tu Laila nak kongsi ngn PG nak beli tanah. What the h***, kan? Takde ikatan apa pun dah nak kongsi beli tanah? Apa kesssss???
Yang paling aku kesian, Laila suruh akak tu jadi penjamin.. Bila aku dapat tahu tu, aku betul-betul rasa GERAM. Kenapa Laila jadi B.O.D.O.H?????

***

Apa pendapat kamu? Apa patut aku buat?
Aku tak rasa parents Laila tahu tentang hal ni..
And kalau betul diorang tak tahu patut ke aku tanya just to be sure?
Or aku patut diam je sbb aku orang luar?

Aku memang tak percaya PG tu.
And aku rasa Laila tu dah mabuk cinta sampai buta mata+hati+fikiran.
Please readers... opinions okay??

Wassalam~

# Entry Cinta? yang lalu berjaya menarik beberapa jemaah baru ke rumahku ini.. hehehe.. SELAMAT DATANG Kak Yatie, Cik Nelly Berry and Cik Farahz..
Sungguh hebat kuasa CINTA.. sehebat itulah penangan yang kawan/adik ku Laila dapat dek apa yang dipanggil c.i.n.t.a.

##Oh, and sorry kalau ternampak gambar katak di atas tu.. Ada masalah bandwith. Kalau tak dpt diselesaikan, bersalin kulit lagilah rumahku ini.. huhuhu..

27 comments:

Sunan_Jati said...

terus terangla aku katakan..

lelaki tu kaki putar belit alam..
cubalah selamat kan adeq hang tuh...

aku ada jugak kenai org mcm nie...

aku cuma rasa simpati kat die.. tapi tullah kalu nasihat org xmau dgr susahla...
hang tryla besembang ngan dier lagi...

bak kata peptaah jgn dah terhantuk baru terngadah..
:P

- G O R O - said...

Laila namamu Teratas (Iklan jap)

erm...Tolong selamatkan dia(laila)... bgtau terus terang... upah spy leman menyiasat PG...kumpul bukti yang PG seorang pendusta bukan pencinta wanita....

Bertindak sebelum Terlambat...

nak pinjam 100K tue,...

dapat kat aku leh wat bisnes...

nellyberry said...

Miss 3,

Tht PG is a big fat liar. i've through these experience b4.

mmg time ni Laila tgh mabuk, tmbh2 ngan PG yg mulut manis ni. PG dh biase wat bnda2 mcm ni, die tau kelemahan ppuan. tmbh2 ppuan yg tgh putus cinta.

ape yg boleh u buat, cuba cari sebanyak mungkin bukti pembohongan n crite dongeng PG ni. bile dh ade bukti yg kukuh...rancangkan supaya Laila dapat bukti2 tu. kirenye mcm coincidence gitu.

u kdg tak bole trus-trang ngan die, sbb time mcm ni die lebih mudah percayakan PG dari kwn2.

it's just my point of view je la. hasil daripada pengalaman.

all the best ya ;)

13may said...

hmmm...dari cerita cikgu, saya rasa budak Laila tu memang cari bala...dan PG tu memang licik...hebat betoi:D

btw, saya syorkan cikgu discuss benda ni elok2...saya tau, silap2 discuss..mesti gaduh gaduh punya...sebab org dah tengah mabuk cinta nih...bukan buleh teguq...satgi mengamuk...
kalau takleh gak...contact parent Laila...bgtau Laila nak buat loan 100K nak beli tanah...

takat ini saja komen saya...
saya sudahi dengan...cikgu ni nama apa yea???
number tepon ada tak???

hahha :P

Nur Hafiza Hasan said...

Che Sunan..
Memang pun!! Putar belit zainal alam sungguh!
InsyaAllah nak try slowtalk dgn dia.
Hopefully dia dgr laaa..
Thank you Che Sunan!!
***

Che Goro..
Upah spy ekk??
Hehehehehe.. 007 takde laa pulekkkk..
Hopefully ada laa bukti nak tunuk kat Laila..
Aduilaaaa.. 100k muda-muda ni nak buat apa kan Che Goro??
Lain laa kalu nak beli rumah ke..
***

Cik Nelly,
Memang pun!! Skrg I think she believes PG more than us.
Dah tak nampak org lain dah dlm dunia ni.
Gila bayang..

Oh, insyaAllah akan ku usahakan apa yang dicadangkan.
Moga-moga berjaya...
Kalau tak senang-senang je burn duit Laila tu kan??

Nur Hafiza Hasan said...

Che May..
Itulah dia..
Kalau silap ckp kang, ada jugak yang keluar rumah..
[nnt lagi mahal laa sewa bulan-bulan bila sorang keluaq..hehehe]..

Saya pun rasa elok tanya parents dia kan..
Tp itulah, takut org kata saya ni sebok jaga tepi kain org..
Lagi satu, kot Laila tu kata saya JELES sbb dia ada bf..saya takde.

Cheissss!! Apa kelas PG tu..setakat makan duit pompuan I tak heran laa..
Baik cari Che May kan?? hahahaha..

Oh, nama chegu ni apa??
Tanya laa anak murid saya..
Hehehehehe.. miss tree je laa ok?

Sunan_Jati said...

hehe,,, may nk no..

sy pun nak gak..

:P

ILynn Virgobiru said...

masalah besar!!

i think gather la dgn org lain gak duk dgn si "laila" ni..n bgtau yg kat KL ni byk sgt org penipu. lelaki tu sah2 sorg penipu besar! cerita ni lebih krg same dgn cerita sorg pompuan i heard last month. habis duit die laki tu kejekan.n that laki tu keje kat skolah+suke tukar2 keta+suke bg ayat2 lentok gitu. u see the similarity?

kesian si "Amer". tp org bole kata jugak kat si "laila" ni kene mandrem. bcoz xkan sesenang tu je dh tunduk dgn kata laki tu? xbole fikir rasionally ke?

try to siasat as goro said.kt boleh check bground die. if possible, try trackdown parents laki tu.in the meantime, try to get her away from him without her knowing u r doing it. mcm...ajak die 4 a girls nite out ke, or ape2 jelah.

serious..ni kes parah ni. bole akibatkan die ni bankrup sbb tanggung hutang 100k tu.

azeel said...

miss tree ...

pertama sekali, thanks sebab selalu jenguk blog 'ruang-waktu' aku.

kedengaran seperti satu masalah yang mudah sebenarnya untuk diselesaikan. tetapi di sebaliknya aku nampak ada kesulitan.

pertama, tolak ke tepi soal bekas tunangnya. dia memang bukan jenis romantik.

kedua, tolak ke tepi cikgu amer tu. ( amer ini jenis lembab, bkn seorg opportunist ... atau mgkn amer ini masih tak boleh buat keputusan).

ketiga, lelaki jahat itu yang harus jadi isu utama di sini. aku setuju kau katakan dia itu tidak ikhlas berkwn dgn gadis itu. ada agenda tersembunyi. samada secara seksualistik atau materialistik, lelaki itu mengambil kesempatan. maka, sebagai teman, kau, aku dan yang lain-lain harus menjauhkan kawan itu dari bahaya.

bagaimana? aku rasakan ada 2 kemungkinan. pertama, gadis itu sudah memperbodohkan dirinya sendiri. untuk menyedarkan dia itu bodoh, kamu harus hebohkan tindakan bodohnya pada semua orang yg dekat dgnnya. ibubapa, adik-beradik, kawan-kawan rapatnya, yg baru dan lama. pasti ada kata-kata dari seseorang yang boleh menarik perhatiannya bagi menyedarkan dirinya yang sudah bodoh.

ada satu lagi kemungkinan, tapi bila aku bercerita, kau harus bersikap terbuka. aku merasakan dia sudah diperbodohkan oleh lelaki itu, secara batiniah. maksudku, secara ilmu hitam. banyak terjadi kejadian seperti ini. ilmu pengasih yang memudaratkan. mengheret manusia pada kemungkaran. maka, jalan termudah, cuba ubatkan dia. carilah ahli agama yang tahu mengubatkan dia dari ilmu ini. aku boleh membantu, jika mahu.

aku rasa teori keduaku itu agak rasional. kerana dari cerita kau, kebodohan itu adalah di tahap melampau. seolah-olah dia sudah terpukau.

oh ya ... nampaknya seperti ada siaran ulangan bila membaca cerita tentang kawan kau ini.

Nur Hafiza Hasan said...

Che Sunan..
Nanti miss-tree buat satu entry khas just to announce my phone no..
Bolehh??? hahahahah..
:P
***

Cik Ilynn,
Betul semua yang Cik Ilynn suggest tu..
I've asked my collegues, and they all think she's been used.
Kena mandrem? That's DEFINITELY one of the possibilities.
Sbb I know her lah, dia tak sebodoh tu dulu.

Doa-doalah kitorang tak terlambat nak take actions ok?
Hopefully things tak go any worse.
Aminnnnn.
***

Che Azeel,
Amat-amat berterimakasih dgn cadangan Che Azeel..
The first one, pasal menghebohkan pada org-org yang rapat dgn dia.., saya pun ada terfikir jgak.
Cuma itulah, saya risau tanggapan orang.
Mungkin ada yang kata saya busy body..
On the other hand, kalau apa-apa jadi [nauzubillah!], saya mngkin jugak akan dipersalahka kerana sbg housemate dan org yang lebih tua tak mampu menasihatkan dia.
Then agai..., dia memang tak bercerita kpd saa dan housemate lagi sorang.

Tentang teori kedua, saya rasa ada betulnya apa yang Che Azeel kata..
Jangan risau, saya juga ada terfikir demikian.
Memang itu salah satu kemungkinan.
Keungkinan yang hampir pasti betulnya!

And thanks for actually offering your help.
Kami nun jauh di Tganu, susahnya kalau nak mntk tlg Che Azeel.
Tp insyaAllah, akan kami usahakan dari sini.

Apapun, harapnya kami belum terlambat~

Amar B. said...

Pandai sungguh PG bercengkerama. Ayat apa yang dia pakai, atau nasi kangkang siapa yang dia masak? mungkin dia ada pakai peleset? Astaghfirullah. Mungkin. Apa yang kau patut buat adalah sentiasa bersama dengan Laila kerana apa yang dia perlukan adalah companionship, x semesti seorang kekasih. Jadi orang yang sedar akan perkara ini, iaitu kau, perlulah sentiasa bersamanya. Jangan putus asa menasihati kerana sebagai sahabat, itu sahaja yang kau terdaya buat. Apa apa pun, aku ucapkan smoga berjaya.

p/s: aku memang sedang bercinta tapi aku masih waras dan rasanya berada di landasan yang betul. hehe.

p/p/s: satu cara nak nasihat adalah sediakan dia suratkhabar harian metro yang mengandungi cerita-cerita yang banyak seperti kes dia. nama Laila tidak lagi teratas...

Mak Su said...

kalau siang2 dah jual cerita, susah nak percaya ler.

pjoe said...

saya setuju dgn sunan jati...
putar alam..putar kepala..purtar segala macam lagi...

okay, situasinya..
mamat tu nak duduk msia..
end of stories..
bkn nak pandang rendah dgn keihlasan dia..
but... 100k..
loan?
what the.. *tooot

p/s - saya setuju dgn amar (hai, amar) saya masih waras..dan masih fikir yg mana pro dan kontra-nya...
bukan tidak optimis cuma...
expectation itu senjata cukup bahaya
ngak faham?
tunggu entri saya akn datang

hahaha

ayat itu semakin cliche dgn saya!
gosh, kejinya saya
haha

Nur Hafiza Hasan said...

Che Amar..
Secara tidak dia sedari, dia kini semakin menjauhi kami..
Jarang ada di rumah dsbnya..
Tapi, bila org dah mabuk kepayang mcm dia tu, makan lagi ke nasihat kami??
Huhuuhuh..

Oh, apa salahnya masuk peraduan tuh... kahkahkah..

Nama Laila hanya sekadar ilusi penulis okay? hehehhe..
Memang nama dia bukan teratas..
:)
***

Mak Su,
Itulah pasal!!
Siang2 dah ckp mcm tu...
Lagi laaa takleh caya!

Nur Hafiza Hasan said...

Che Joe,
Kamu udah pulang dari Kelate?
Harapnya okay dah... jgn sedih-sedih ok?

Jangan salah faham... PG tu org Msia..
Org kampung dekat dgn sekolah saya..
Hero Hindustan tu perumpamaan je, sbbaksi dia mcm dlm citer hindustan jek..hehehehe..
Tadi dah dapat pendapat pjg lebar dr Kak pB..
InsyaAllah..doakan kami sempat stop kan apa yang dh jadi ni..
Aminnn!!

Sunan_Jati said...

oo dah hapdet... slamat berhujung mggu yer.. peace sister peace...
insha allah moga cuti hujung mggu slamat selalu...!

Butaseni@Wan Raja said...

whoa!aku sebagai laki nak nasihat kat laila,jauhkan dari dia.itu dah kira nak perguna laila ni habis habisan.lepas ni 'segalnya' tergadai.betoi nih.tapi apakan daya kalau hati tu dah cair,jangan cakap lagu mana punlah,mesti dia akan kata yang miss_tree ni jeles.try psycho dia dan kalau sayangkan dia cuba cari bukti yang lain.

Anonymous said...

aaa cemana la orang bole putus tunang camtu jek ni oi... aku nak bagitau kat mak bapak aku pon tak sampai ati neh...... cuba ko tanya kat laila tu cemana cara dia cakap?

Nur Hafiza Hasan said...

Che Butaseni...
Itulah kan? Sure si Laila tu ckp saya jeles...
Aduiiiii...mintak simpang laa jeles kat org mcm tu.
Usaha pengumpulan bukti tu tak tahu nak cari dar segi apa..
Orang kampung aren't helping lah.
***

Cik Wickedwitch~
Oh laaa... putus tunang tp x tau nak ckp ke?
Hehehehehe.. yang si Laila tu si tunangnya memang family pun dah malas nak layan.
Itu yang bila dia putuskan family dia ok jek.

aunieZ said...

isy..nmpak sgt laki tu mnipu tahap gaban!!
mnggelabah gilew siap kate dia yg dseign rumah pm??? hahha..
mmg bengong la sapa yg mmpercayai nye..
oopss!!
tp kn miss tree...si laila tu snggup brkorban apa saje untuk si PG tu sbb dia x pnah mrasa sgala mcm perkara yg sweet bsama amer dulu..
tp u msti slamat kn dia sblom tlamabat n dia mnyesal di kemudian hari..
dia tg asyik masyuk tu mmg tak nmpak baik burok mamat tu..aiyyyooooo

chivv said...

uiks....1st time here n terus terbaca entry ni. Payah jugak kalo dah angau mcm ni. I hv one fren mcm ni tp n dia dah kene dumped pun bila laki tu ah dpt apa dia nak (duit, etc...)...

how's 'laila' tu sekrg?

waaa... berkeras la ngan dia. jgn kasi dia ikut sgt apa kata laki tu. dr citer ko kat blog pun...npk mcm takle caya je si 'pg' tuhh...

waaa...selamatkan la sekeping hati tu dr dihancurkan...

Nur Hafiza Hasan said...

Haziqah..
[nama student aku tahun lepas!hehe..]
Bak kata almost everybody, Laila most probably dah kena mandrem.
Kalau tak takkan laa seBODOH itu boleh percaya kat lelaki tu kan??
Tapi wallahualam lah.. as you said maybe it's just because dia kemaruk, sbb ngan previous bf[s] dia dulu tak mcm tu..

Oh, Amer tu bukan bf dia pun..
Dia je yang salah faham a.k.a perasan lebih².
Orang tu maybe suka dia, tp as perempuan jgn lah push sgt smp merendahkan martabat kita.
Betul tak...?
***

Chivil Devil..
[grrr...cool nya nama. I LIKE!!hehehe]
Serabut jugak bila pikir pasal dia nih..
Ikut anasir jahat, memang diamkan aja pasal hal ni.
Biar dia rasa akibat perbuatan 'bijak' dia ni.

Tp itu lah, I'm still a human with a heart.
Salah jugak kalau tak tegur, tapi nak ke dia dengar??
And kalau nak inform family dia, kang ada yang kata menyibuk.
Rimass!

ILA said...

Kesian Laila.....
mcm ada sst tak kena..pabila dia mudah terpengaruh kat budak laki tu..
faktor kmungkinan:
1) Mungkin dia dah kna hembus ubat guna2..kal.betul dia ada rasa syang kat budak laki tu, suruh dia sembahyang istiharah.Tentu tuhan bagi ptunjuk:D
2) Dia kehausan kata2 " syang" >pompuan mudah lembut hati bila dipujuk rayu.akak rasa Ms3 punya tggungjawab amat berat !!keluarkan yr fren dr prangkap ini.Kalau sukar dpatkan seorang rakan @ guru yg lebih senior utk masuk campur.

SELAMAT BERJAYA!!!

aunieZ said...

ahha..nama saye name student miss tree dulu ke?huhu
owh..kena mandrem..adeyh..mmg bahaya tu..

Sunan_Jati said...

hapdet plks...

kawna mcam mana? sihat?

Zetty said...

tak payah nak pikir panjang2 ... mmg lelaki tuh jenis kikis duit pompuan .. tapi kalau org dah buta sbb cinta, apa yg dicakapkan tuh mmg semuanya percaya .. tak kiralah berpelajaran tinggi atau tidak .. mmg semuanya dah tak blh nak fikir lagi kalau itu aje yg dia nampak ..

apa2 pun benda nieh kena ikut org gak, ada yg cepat cair dgr benda2 cam grand tapi sebenarnya hampeh .. dalam hal nieh, kalau kawan tuh mmg dah tolak kengkawan .. keluarga laa yg perlu diberitahu .. tapi biarlah dengan cara yg berhimah takut2 dia akan mengambil keputusan di luar jangkaan .. dah banyak kes dah berlaku .. so harap2 belum terlambat laa utk bawak dia balik ke pangkal jalan ..

chivv said...

dah pernah try tegur @ ckp direct kat dia ke? tentang kerisauan yg melanda dirimu krkrkrk~ cuba la dulu, rasanya kalo dia tak nak gak dengar, try family dia pulak... tp tu la...nanti org kata menyibuk @ jeles...susah gak org2 mcm ni. kalo dah angau.... kene stab bom nagn meriam pun blom tentu akn sedar...