Friday, August 31

Merdeka?

Assalamualaikum...

Ouchhh!! Che GORO tanpa segan silunya telah menegur blog ku ini yang sudah berhabuk..
Kahkahkahkah.. so sorry.. kononnya blogger tegar, kan? LOL
Actually semalam memang aku nak update, cumanya agak busy..
Ada sambutan Merdeka di sekolah and lepas tu pulak ada Ketua Pengawas Peperiksaan UPSR datang..
Nak tengok bilik exam nanti..
After that aku terus pecut balik kampung..
Belum pun sampai rumah, kakak dah call mintak tolong gi jaga butik dia..
Huhuhuhuhuuhuh..penat giler lah semalam..
Pukul 9.30 dah tido..

Hari ni pulak, rumah penuh..semua adik beradik and anak-anak sedara ada..
Pagi-pagi aku and kakak sulung gi Pasar Besar Wakaf Bharu..
Beli barang-barang utk buat nasi tomato..
Fuhhhhhhhh...punya lah susah nak cari parking..
Tapi berbaloi lah..sedap jugak nasi tomato hari ni..
[mana taknya, Bonda yang buat kuah dalca nya..harapkan kitorang sure tak sedap.. hehe.. resepi ayam masak merah pun special from Bonda..lain dari yang biasa..]

Layankan anak-anak sedara yang lima orang ni, memang tak menang tangan..
Kejap baik..pastu ada plak yang nanges..
Pastu nak kena mandikan pulak.. bagi makan...
Aduiiiiiiii... patut lah diorang sumeh sayang aku...
Kah kah kah...

These are the apples of my eyes.. :)

Anyway, kalau korang perasan kan...daily reads aku dah bertambah..
Jemaah bertambah ramai kat sini.. alhamdulillah...
Kawan-kawan pun bertambah lah maknanya.. :)
So, SELAMAT DATANG / WELCOME / BIENVENUE miss_tree ucapkan kepada :

Kak Puteri1
Cik Aku
Cik Nieda
Cik :: dotter.hms ::
[masih meng'google' blog anda.. walaupun ini bukan kali pertama anda di sini..]

Hopefully visit akan berterusan.. bukan sekadar sekali menjenguk sahaja..
Heehehehehe.. salam ukhuwah pada semuanya..~

Ermmmm..macam takde kaitan kan title hari ni dengan entry..
Tapi tah lah, bagi aku tiada significant meraikan merdeka dengan segala perarakan and all.
Aku cuma bersyukur dilahirkan di sini.
Dan berterima kasih atas perjuangan pemerintah terdahulu..

Namun...
Merdekakah kita bila rasuah semakin berleluasa?
Merdekakah kita bila rokok dadah masih membelenggu sesetengah daripada kita?
Merdekakah kita bila sebenarnya minda kita masih lagi 'dijajah' oleh orang Barat?
Wallahualam~

Wassalam.

9 comments:

aku said...

insyaallah..sy akn terus mnjadi penyangak setia blog cik miss_tree nih..
terharu rasenyer..ketibaan beta dialu-alukan..ngehngehngeh..:P

*salam merdeka..!!!!

chivv said...

halo there~

tak sbr nak tunggu update pasal percutian ke langkawi...npk gaya,mcm tak best je... ^_^

aku pung dah lama tak singgah sni sbb byk esemen tak siap...

Amar B. said...

ohok ohok.
tersedak bile di 'ter'salah-sebutkan "rokok" itu.

amboih, cikgu nampaknya mendapat semakin banyak tetamu baru. aku ni, orang setakat lalu je, komen nyo xdo. *sigh...

Nur Hafiza Hasan said...

Cik Aku
Thank you...sy pun akan buat yang sama.. :)
InsyaAllah tradisi mengalu-alukan tetamu baru akan diteruskan di sini..
Salam merdeka jugek..!!

Cik Chivil
Dah ada citer pasal Langkawi..
Huhuhuhu.memang tak besh laa..
Ohhh..esemen jgn x esemen..
Hehehehehehe..

Che Amar
Tersedak??
Kahkahkah.. "ter" tau..
Bukan sengaja.. ;p
Ohhhh..fofulerrr kah daku?
Kuang3..nanti akan ku canangkan ke seantero alam supaya ke lamanmu..

*Oh..baru teringat kena menyinggah..heheheh

aMieLdA said...

hm..busy yer?takpe lepas ni akan selalu singgah kat cni.leh share ilmu dgn miss_tree ajar budak sekolah rendah.persediaan utk tahun depan lak.bolehkan?

Nur Hafiza Hasan said...

Cik Nieda
MasyaAllah..saya hanya guru picisan..
Banyak juga ilmu yang masih belum dikuasai..
Banyak lagi yang perlu saya pelajari.
Huhuuhhu..
:)

- G O R O - said...

Roman Picisan ker?

Terus-terangan nama saya digunakan.

OOO ader kedai kat KB mall, leh la nanti kita gi shoping kat sana.

p/s- Barang nak kawin ader jual? ahaks..

Sunan_Jati said...

xda ucapan slamat datang utk sunan gak ker?

huhuhuhuuh!

Nur Hafiza Hasan said...

Che G O R O
Heheheheh..anda terang-terangan kata blog ni berhabuk.. ;p

Oh..nak barang² kahwin?
Dekat dpn butik lg satu ada kedai jual barang² kawen..
Miss-tree buleh tulong che goro cari yang cantik²..

Wahhh..bila harinya?
Bukan main lagi nampak mintak no phone etc kat blog Cik Nelly..
;p

Che Sunan
Anda 'orang lama' kat sini..
Heheehhehe.. in fact kalau yak silap Che Sunan org kedua singgah kat sini lepas Che 13May..
:)

Apa pun, SELAMAT DATANG...
Jgn serik datang ok??
:)